Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Selepas Tiga Bulan Terpisah, Anak Lepas Rindu Jumpa Yasin Sulaiman Di Mahkamah

23/06/2022
Isaac Andraoleh Isaac Andra
in Ekstra, Selebriti
Selepas Tiga Bulan Terpisah, Anak Lepas Rindu Jumpa Yasin Sulaiman Di Mahkamah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Anak perempuan kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, Malaika, 14, gembira apabila akhirnya dapat bertemu dan melepaskan rindu terhadap bapanya selepas sesi sebutan semula kes penyanyi nasyid itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu.

Pertemuan dua beranak itu dikongsikan menerusi beberapa foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram Yasin yang kini dikendalikan oleh ahli keluarganya.

“Hari ini (Rabu) sebutan kes Yasin di mahkamah. Alhamdulillah laporan kimia sudah siap dan tarikh mahkamah yang seterusnya ialah pada 6 Julai, dua minggu dari hari ini,” tulis keterangan pada bahagian kapsyen.

Difahamkan selain Malaika, seorang lagi anak Yasin, Samer, 18, turut hadir ke mahkamah bersama ahli keluarga yang lain.

Yasin Sulaiman bersama anaknya.

Penampilan ahli kumpulan Brothers itu juga turut dipuji semakin rapi dan kemas berbanding ketika di awal tahanan dahulu selepas rambutnya digunting oleh salah seorang tahanan dalam Penjara Sungai Buloh.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan mendoakan yang terbaik buat Yasin.

“Moga dimudahkan segala urusan InsyaAllah,” tulis Fakhrul UNIC.

“Semoga Allah permudahkan urusanmu, brother. Semoga lekas kau pulang ke pangkuan keluarga,” tulis pelakon dan penyanyi Aqasha.

Terdahulu, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 itu.

Yasin juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama. – BOOM!

Previous Post

Shila Amzah Luah Rasa Lega, ‘Perang Dingin’ 8 Tahun Bersama Media Berakhir

Next Post

Air Quanta Daddy Sado | Isteri Safwan Gugur | Syamsul Tolak Peluang | Neelofa Bidas Siti Kasim

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P BIGBANG Umum Comeback Solo Lepas Tiga Tahun Menyepi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hadiah Istimewa! Maryam Durian Kimchi Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada Hari Lahirnya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd