Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Selepas Tiga Bulan, Kontrak KJ Sebagai Penyampai Radio HotFM Disambung Hingga Hujung Tahun Ini

22/05/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Selepas Tiga Bulan, Kontrak KJ Sebagai Penyampai Radio HotFM Disambung Hingga Hujung Tahun Ini

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Selepas tiga bulan bergelar penyampai radio HotFM dengan mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama rakan penyampai, AG, Johan dan Fara Fauzana, kontrak bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, 47, disambung hingga Disember depan sejak Isnin lalu.

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata, tempoh tugasan Khairy atau lebih mesra disapa KJ di konti akan dilanjutkan dari sejam kepada dua jam.

“Berita baik adalah KJ akan bersama dengan Hot FM sehingga hujung tahun ini.

“KJ tetap bertugas pada setiap Isnin, tetapi tempohnya akan dipanjangkan selama dua jam.

“Bagaimanapun, tidak semestinya KJ akan bertugas pada Isnin sahaja. Jika ada program khas memerlukan khidmatnya, KJ akan muncul.

“Sebelum ini, tugas KJ bermula jam 8 pagi, tetapi bermula Isnin lalu, jadualnya dipercepatkan iaitu antara jam 7 hingga 9 pagi,” katanya pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Hot FM dan Buletin FM, pada Ahad.

Selain kemunculan KJ dan rakan penyampai Hot FM dan Buletin FM, Majlis Rumah Terbuka Hot FM itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran.

Sementara itu, Nazri berkata, kemunculan KJ sebagai penyampai radio memberi impak cukup besar kepada stesen radio popular itu.

“Sejak KJ menyertai Hot FM pada Februari lalu, impaknya sangat ketara. Apabila beliau tidak ke udara, ramai pendengar mula tanya-tanya.

“Meskipun wujud banyak platform disebabkan perkembangan teknologi, namun radio tetap ada pengikut tersendiri kerana menyediakan hiburan diperlukan,” ujar Nazri.

Mengulas kontrak dilanjutkan, KJ menzahirkan ucapan terima kasih kepada MPA atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Hot FM, MPA dan rakan penyampai kerana mengalu-alukan kehadiran saya.

“Memandangkan saya diterima dengan baik, jadi kami sama-sama bersetuju melanjutkan peranan serta penyertaan saya di slot Bekpes Hot hingga hujung tahun ini.

“Saya berharap Hot FM secara keseluruhannya menjadi stesen radio pilihan anda semua,” kata KJ.

Pada 15 Februari lalu, MPA mengumumkan Hot FM merekodkan peningkatan 75 peratus pendengar dalam tempoh sejam melalui penstriman langsung digital Hot FM di hotfm.audio dan aplikasi Audio+, berikutan penangan hari pertama KJ melapor diri sebagai penyampai di stesen radio popular itu. – BOOM!

Sumber: BH ONLINE

Previous Post

Seniman Legenda, Wahid Satay Meninggal Dunia

Next Post

Demam Denggi Ketika Menjalani Penggambaran, Aiman Tino Terima Rawatan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Muncul Single Baharu, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Terkejut Timbul Dakwaan Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Dakwa Kamal ‘Naik Tangan, Kaki’ Sepanjang Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd