Kumpulan K-pop popular IVE bakal membuat kemunculan semula hujung Ogos ini selepas berehat selama hampir tujuh bulan.
Perkara itu disahkan oleh agensi mereka, Starship Entertainment, yang menyatakan bahawa kesemua anggota kini sibuk membuat persiapan bagi comeback terbaharu mereka yang dijadualkan pada penghujung bulan Ogos.
Comeback kali ini merupakan susulan kepada kejayaan mini album ketiga mereka, IVE EMPATHY, yang dilancarkan Februari lalu.
Salah satu lagu pra-rilis daripada album tersebut, Rebel Heart, mencipta sejarah apabila menjadi antara tiga lagu sahaja yang meraih “perfect all-kill” (PAK) di kesemua enam carta muzik Korea setakat tahun 2025.
Malah, lagu itu juga merangkul 11 trofi daripada pelbagai program muzik utama. – BOOM!









