Penyanyi antarabangsa, Selena Gomez, baru-baru ini menjelaskan perubahan suara dan menepis dakwaan tumbuh misai dalam sesi Instagram Live baru-baru ini.

Dia menjelaskan bahawa apa yang dilihat bukan rambut muka, tetapi kesan melasma pada kulit.
“Seseorang membuat saya ketawa kerana mereka bertanya, ‘Bagaimana awak mencukur misai?’ Tetapi saya ingin jelaskan ia bukan misai, itu melasma saya. Saya jaga dan rawatnya, tetapi ia tetap ada. Saya faham, ia dari cahaya matahari,” katanya.

Beralih kepada isu suara, Selena juga menekankan bahawa perubahan suaranya berlaku secara semula jadi.
“Saya telah ditanya beberapa kali mengenai isu suara. Kadang-kadang perkara berlaku, saya jadi pelik, tekak saya seperti bengkak di dalam. Itu sahaja,” ujarnya.

Melasma adalah keadaan kulit yang menyebabkan tompok gelap pada wajah akibat pengeluaran melanin berlebihan, biasanya dipengaruhi oleh cahaya matahari.
Tompok coklat atau kelabu itu sering muncul di bahagian pipi, dahi, hidung, dan bibir atas

Selain itu, Selena turut menghadapi cabaran kesihatan kerana menghidap lupus, penyakit autoimun yang boleh menjejaskan pelbagai organ dan sistem badan. Pun begitu, dia tetap aktif dan terus berkarya sambil menguruskan kesihatannya. -Boom!








