Baru -baru ini, Selena Gomez dilihat terbang ke Cabo San Lucas bersama sekumpulan rakan rapat dipercayai bagi meraikan parti bujangnya sebelum majlis perkahwinan dengan tunang tercinta, Benny Blanco.
Menurut laporan People, penyanyi berusia 33 tahun itu dirakam sedang menikmati percutian mewah di atas sebuah kapal layar, manakala Blanco, 37, pula memilih Las Vegas sebagai lokasi partinya.
Menerusi Instagram Stories, Blanco berkongsi beberapa momen sepanjang percutiannya di bandar hiburan tersebut.


Walaupun sambutan parti berasingan ini memberi bayangan bahawa hari bahagia mereka kian hampir, Gomez sebelum ini mengakui dalam sesi podcast Therapuss with Jake Shane bahawa dia dan Blanco masih belum benar-benar menyelami perincian persiapan perkahwinan.
“Kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing, jadi belum sempat urus semua hal majlis,” katanya.
Namun, Gomez tetap menzahirkan keterujaannya untuk melangkah ke fasa baharu bersama Blanco. – BOOM!










