Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, membuat pendedahan mengejutkan mengenai perubahan hidupnya selepas berkahwin.
Menerusi perkongsian di Threads, Fara meluahkan bagaimana kehidupannya kini jauh berbeza berbanding sebelum mendirikan rumah tangga.
“Sebelum kahwin saya stay condo 3 bilik, ada kereta sendiri, ada career, 2 minggu sekali shopping, mampu beli handbag, kasut branded, bercuti dengan kawan. Hujung bulan kalau nak tunggu gaji, paling sengkek pun mesti ada balance RM1k,” katanya.
Namun, kini dia terpaksa bekerja keras untuk membayar komitmen sebanyak RM2,000 sebulan dan pernah berada dalam situasi sukar apabila wang di dalam bank hanya tinggal RM30 hingga RM50 sahaja.
Sebelum ini, Fara mengejutkan ramai apabila mendakwa suaminya mengabaikan tanggungjawab serta tidak pernah melawatnya ketika dia berada di hospital.
Dia juga berterima kasih kepada Shuk kerana mengeluarkannya dari kumpulan bisnes dan dalam masa sama, mendakwa pelawak itu telah menghina anak yang dikandungnya.
Setakat ini, Shuk masih belum memberikan sebarang respon terhadap dakwaan tersebut. – BOOM!