Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Search Tawan Genting, Romantisnya Konsert Fantasia Bulan Salju…

18/08/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Konsert, Selebriti
Search Tawan Genting, Romantisnya Konsert Fantasia Bulan Salju…

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Meskipun bertembung dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tarikh yang sama, Konsert Search Fantasia Bulan Salju tetap mendapat sambutan para peminatnya.

Walaupun lokasi penganjurannya di Genting Highlands, Pahang, konsert anjuran MIC Entertainment Group itu telah berjaya menarik 4000 peminat setia kumpulan rock legenda itu.

Ia sekaligus membuktikan kewibawaan jenama ‘Search’ yang ditunjangi oleh Amy (vokal), Hillary Ang (gitar), Nasir (bass) dan Man Keedal (gitar) masih relevan sehingga hari ini.

Konsert Search Fantasia Bulan Salju yang bermula tepat jam 8.45 malam itu terlebih dahulu disajikan dengan ‘opening’ muzik padang pasir yang menggambarkan ‘pengembaraan’ Search bersama peminat.

‘Bencana’ menjadi penanda aras untuk menyatukan jiwa peminat agar terus ‘di paku’ hingga ke lagu terakhir.

Set pertama juga seakan menguji keupayaan Arthur Kam yang berada di posisi dram menggalas tugas yang di amanahkan.

Search terus memukau khalayak dengan lagu Derap Komando dan Langit dan Bumi. Amy tampil dengan suit merah yang tampak cukup bergaya, ‘versatile’ malah memberikan persembahan bertenaga.

Menawan Rasa, Gelora Cinta, Honky Tong Kosong dan Fantasia Bulan Madu mengajak peminat benyanyi bersama. Inilah ‘istimewa’nya Search yang cukup bijak bermain dengan situasi dan perasaan. Lebih menarik apabila ‘salju’ mula turun, memutih menghujani penonton.

Seleksi lagu-lagu ‘slow rock’ dipersembahkan antaranya ialah Rozana, Laila Nama Mu Teratas dan Nigina. Sekali lagi gemaan vokal hadirin bersatu dengan vokal Amy. Peminat yang hadir rata-ratanya sudah cukup bersedia dengan seleksi lagu-lagu Search yang sentiasa meniti di bibir.

Setelah Hujan, Meniti Titian Usang, Gadisku dan Kejora pula dipersembahkan secara medley.

Tidak perlu lagu yang berentak keras untuk terus ‘memaku’ penonton. Inilah pengembaraan baru yang diterjemahkan Search menerusi konsert Fantasia Bulan Salju.

Isabella antara lagu ‘wajib’ yang harus dipersembahkan kerana lagu ini juga menjadi antara judul filem yang turut membariskan Search dan Amy khasnya sebagai teraju utama filem tersebut.

Set yang cukup ‘keras’ memberi ‘kejutan’ buat Naimi Daini, namun gadis yang berusia 17 tahun ini cukup konsisten dengan ‘dram’ yang menjadi ‘nyawa’nya.

Kemunculan Naimi pastinya menjadi tumpuan peminat Search meskipun ini adalah konsert berskala besar kedua buatnya selepas Nusafest.

Diari Habil Qabil, Yin & Yang dan Gothic Malam Edan menjadi ‘battle’ yang cukup sengit menyaksikan Man Keedal, Nasir, Amy, Hillary dan Rie Tsuji yang berada di posisi kibord komited dengan instrumen masing-masing.

Inilah Search yang sudah dimiliki ‘hatinya’ oleh peminat yang rata-rata sudah berusia 40an, 50an dan 60an.

Tidak perlu aksi ‘luar biasa’ namun mereka punya kredibiliti, energi yang cukup pesona seperti mana Rolling Stones, Pink Floyd dan sebagainya mereka punya aura tersendiri.

Usai ‘pertempuran’, Cakap Memang Murah, Fenomena, Paranoid, Isi Atau Kulit dan Pelesit Kota antara lagu yang menghiasi ‘encore’ konsert Search Fantasia Bulan Salju.

Tirai konsert dilabuhkan dengan lagu Pawana yang dipetik daripada album Fenomena sekaligus menjadikan Konsert Search Fantasia Bulan Salju antara konsert berperstij selain melakar monumen agung Search apabila menjadi kumpulan pertama yang mengadakan konsert di puncak Genting Highlands. – BOOM!

Previous Post

[V] Mimi Lana, Syafiq Kyle Pos Video Bersama – “Kita Kena Prank!”

Next Post

[V] Tak Mahu Boros, Nak Beli Rumah…Anna Jobling Lantik Akauntan Peribadi

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd