Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Tak Dapat Pun Watak Heroin Akasia” – Riena Diana Nafi Anak Emas TV3

12/08/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Hiburan
“Tak Dapat Pun Watak Heroin Akasia” – Riena Diana Nafi Anak Emas TV3

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Dikenali menerusi watak Laila atau disebut Lailer dalam drama komedi Kampung People, Riena Diana menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkannya sebagai anak emas TV3.

Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, menjelaskan, meskipun dia merupakan produk keluaran stesen televisyen berkenaan, layanan yang diberikan tidak jauh beza jika hendak dibanding dengan artis lain.

“Tak dinafikan, kerjaya lakonan saya banyak bermula menerusi drama-drama terbitan TV3 memandangkan saya lahir dari program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) anjuran stesen tersebut.

“Tetapi andai nak label saya sebagai anak emas, sehingga ke hari ini, sekali pun saya tidak pernah diberi peluang memegang watak heroin untuk menerajui slot Akasia.

“Jadi tidak adil untuk mereka membuat spekulasi sebegitu,” tegasnya.

Gadis lincah berkenaan berkata demikian bagi memperjelaskan situasi dilalui selaku penyampai radio Hot FM yang menyaksikan posisinya kekal bertahan biarpun dua rakan setugas, Mark Adam dan Fizie telah ditamatkan kontrak mereka.

“Sejujurnya berita pemergian Mark dan Fizie secara serentak pada hari yang sama amat mengejutkan saya.

“Apatah lagi, keserasian antara kami bertiga sudah mula dirasakan dan selang beberapa bulan, akhirnya saya terpaksa berpisah dengan mereka.

“Ternyata hanya linangan air mata mengiringi perpisahan tersebut,” ujarnya tentang penamatan kontrak Mark dan Fizie.

Mengulas lanjut mengenai kelangsungan kariernya di stesen radio tersebut, Riena kini dipasangkan dengan Haziq Hussni untuk mengendalikan segmen petang.

Walaupun cuma sempat beberapa bulan sahaja bertugas sekonti dengan mereka, Riena bertuah kerana banyak menimba pengalaman dan pengajaran atas tunjuk ajar yang diberikan.

“Fizie sebagai seorang senior memainkan peranan penting membimbing saya bergelar penyampai. Mark juga sama, ada saja yang dikongsikannya untuk kebaikan kami bersama,” ujar Riena yang memulakan tugasnya di konti Hot FM sejak Februari lalu.

Previous Post

“Angkat Darjat Seni Bela Diri” – Signatur Segar KRU Studios

Next Post

“Ibu Tak Restu Kerjaya Saya Tetapi…” – Hasrat Razak A’ai Jadi Penyanyi Dapat Tentangan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Kesal Gelaran Duda, Janda Dinilai Tidak Adil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd