Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Terlalu Rindukan Mummy” – Emosi Nita Hamzah Belum Stabil

18/07/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Hiburan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Setelah hampir lima bulan berlalu, penyanyi Nita Hamzah akui dia berhadapan detik sukar untuk menerima berita duka pemergian ibunya tercinta, Norazizan Ramly yang meninggal dunia pada Februari lalu.

Nita memberitahu Boom!, hubungannya dengan arwah terlalu rapat memandangkan tempoh dia menetap bersama-sama ibu adalah yang paling lama berbanding adik-beradik lain.

“Disebabkan saya berkahwin pada usia yang agak lewat, sayalah anak yang paling lama berada disisinya kerana adik-beradik lain tinggal bersama keluarga masing-masing usai berumah tangga.” ujar Nita.

“Atas faktor itu, keakraban yang terjalin antara kami berdua begitu erat dan setelah dia pergi, ibaratnya separuh nyawa saya hilang dari dalam jasad ini. Saya terlalu rindukan dia,” kongsi Nita meluahkan kerinduan sambil dilihat kedua-dua matanya mula berkaca dihurung hiba.

Bagaimanapun, naib juara program realiti Malaysian Idol musim kedua itu belajar untuk reda dan mendoakan agar roh ibunya tenang disamping ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Selain itu, menyentuh soal lebih peribadi tentang pelayaran bahtera perkahwinannya dengan pasangan bernama Mohd. Fareez Shamsul Bahari yang masih belum dikurniakan zuriat meski sudah lebih tiga tahun berumah tangga, Nita tenang memberikan jawapan.

“Sebenarnya sejak sekian lama, saya bingung dan tertanya-tanya kenapa masyarakat di sekeliling kita sering saja mengajukan soalan ini kepada pasangan yang mereka lihat tidak mempunyai anak setelah beberapa tahun berkahwin. Jujurnya, sensitif atau tidak soalan ini bergantung kepada intonasi pertanyaan seseorang itu. Senang cakap, bahasa itu indah jika kita bijak mengatur dan melafazkannya tanpa perlu membuat orang yang ditanya itu terasa hati.” ujarnya lagi.

Nita menyatakan persoalan itu cukup mudah untuk dijawab oleh sesiapa pun yang ditanya. Ada tiga perkara di dalam dunia ini iaitu soal jodoh, rezeki dan maut hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. “Siapa kita yakni hamba-Nya untuk mempersoalkan mengenai ketiga-tiga perkara ini?” jawab Nita dengan bernas dan optimis.

Justeru, Nita menitipkan pesanan kepada pasangan lain yang senasib dengannya agar bijak menangani soalan sedemikian tanpa perlu memberikan respons yang menampakkan kedangkalan akal fikiran sama ada pihak yang bertanya atau diri sendiri.

Bagi mengikuti perkembangan lain, tonton rakaman penuh video temu bual bersama Nita yang telah disediakan Boom!

Previous Post

“Masa Untuk Top-Up Pahala” – Skuad Prihatin Siti Nordiana Bela Nasib Fakir

Next Post

“Normallah Tu Kalau Kena Hentam” – Zoey Rahman Giat Jual Kosmetik

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayar RM1 Pun Saya Buat!” – Joe Flizzow Sedia Bekerjasama Semula Dengan Malique

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd