Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Pun Kena Lockdown!” – Dafi Ismail Lali Tempias Kecaman

18/07/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Hiburan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Bintang Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Dafi Ismail akui berasa syukur dan amat gembira atas pencapaian diraih bapanya, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada minggu lalu.

Berkata kepada Boom!, Dafi begitu yakin ketokohan bapanya ketika mengetuai keluarga dilihat mampu dipraktikkan bagi menerajui tampuk kepimpinan negara.

“Menjadi anak kepada ahli politik, sememangnya wujud kekangan dalam perhubungan kami terutamanya dari sudut batasan masa. Namun, setiap saat yang ada, dia bijak memanfaatkannya dengan pelbagai aktiviti bersama” ujar Dafi.

Menurut Dafi, walaupun dalam kesibukan bapanya mentadbir negara, beliau tetap berusaha menguruskan hal berkaitan keluarga terlebih dahulu. Namun Dafi mendedahkan bahawa bapanya merahsiakan tentang lantikan beliau sebagai TPM sehinggalah Dafi mendapat berita tersebut melalui media.   

Mengulas peranan bapanya yang sinonim dengan perihal berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dafi menegaskan dia juga tidak terkecuali.

“Sama seperti seluruh rakyat Malaysia, saya pun kena lockdown, tak boleh bergerak bebas ke sana sini. Tiada hak istimewa diberikan kepada saya ataupun ahli keluarga lain,” tegasnya yang juga kadangkala turut terkena tempias luahan hati netizen tentang arahan Kerajaan.

Pada masa yang sama, Dafi acap kali dituduh mempergunakan pengaruh politik bapanya untuk mempertahankan kerjaya seninya dan beliau akui dia kini sudah lali.

“Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Biarlah mereka terus berkata-kata, saya tiada kuasa nak tutup mulut mereka, terima saja dengan hati terbuka,” ujarnya reda.

Menyentuh perkembangan karier pula, difahamkan beliau sedang menjalin kerjasama dengan dua komposer hebat yang bertanggungjawab menghasilkan single baharunya kelak. Proses penghasilan lagu nyanyiannya diserahkan kepada Altimet dan Shazzy yang berkolaborasi mencipta karya muzik bersesuaian.

“Insya-Allah, sama ada PKP dilanjutkan atau tidak, saya tetap cuba untuk keluarkan satu produk baharu menjelang hujung tahun ini,” janjinya kepada peminat setia.

Next Post

“Ini Ikhtiar Terbaik Saya” – Syafie Naswip Gadai Trofi Demi Dana

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Insomniacks Bersyukur Dinobat Artis Domestik Paling Tinggi Distrim 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayar RM1 Pun Saya Buat!” – Joe Flizzow Sedia Bekerjasama Semula Dengan Malique

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd