Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Orang Melaka” – Anna Jobling Kurang Gemar Dilabel Anak Mat Salih

20/01/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
“Saya Orang Melaka” – Anna Jobling Kurang Gemar Dilabel Anak Mat Salih

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Di sebalik wajah cantik kacukan Melayu dan Inggeris, pasti ramai tidak menyangka Anna Jobling berasal dari Melaka.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, mendedahkan, ada peminat terkejut sebaik mengetahui dia berasal dari Bandar Bersejarah itu memandangkan cara pertuturan serta karakter dirinya yang lembut tidak seperti yang sering digambarkan masyarakat negeri tersebut.

“Ramai terkejut apabila saya kongsi di Instagram kerap berada di Melaka dan banyak dapat mesej yang bertanyakan saya orang Melaka ke?

“Apabila saya kata ya, mereka tak percaya sebab katanya saya tak kasar tetapi lembut sahaja.

“Orang Melaka ni memang nampak kasar dan lantang dalam percakapan. Namun sebenarnya itulah cara kami beramah mesra.

“Kalau orang yang tak kenal, mesti ingat kami macam tengah marah. Apapun, jangan risau sebab kami sangat friendly.

“Walaupun saya dari Melaka, saya tak membesar di sana. Mungkin sebab itu saya tak lantang atau kasar, cuma saya selalu pulang ke kampung ibu di sana dan kebanyakan saudara-mara saya memang orang Melaka sejati.

“Saya okay sahaja berbual dengan mereka sebab dah terbiasa. Memang riuh dan seronok kalau dapat berjumpa, sejujurnya saya bangga untuk mengatakan saya anak Melaka,” katanya kepada Boom!.

Anna bangga dikenali sebagai anak Malaysia.

Membesar dalam dua budaya berbeza, pelakon drama Oh My Hantaran itu berkata, dia tidak melihat hal itu sebagai satu kesukaran.

Ini kerana dia mudah mengadaptasi kehidupan mengikut dua budaya itu sejak kecil lagi.

“Bagi saya, tak susah pun membesar dalam dua budaya sebab saya dibiasakan sekian lama dan secara semula jadi.

“Lagipun kita di Malaysia, kalau saya membesar di luar negara mungkin agak mencabar.

“Cabaran itu ada apabila saya masuk dalam industri kerana sebelum ini saya kurang bergaul dengan orang Melayu, tetapi sekarang dah bekerja dalam kelompok masyarakat Melayu dan pelbagai bangsa.

“Saya kena belajar lagi perbaiki cara percakapan bahasa Melayu saya… walaupun muka macam mat salih, saya tak suka dikatakan mat salih.

“Saya nak orang tahu saya ada darah Melayu dan bangga jadi orang Malaysia,” ujarnya.

Untuk rekod, Anna mula bergelar model sejak berusia 15 tahun dan mencuba nasib menyertai Dewi Remaja 2018/2019 ketika berusia 18 tahun.

Anna yang juga merupakan anak tunggal dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur.

Bapanya bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas berasal dari United Kingdom dan ibunya berbangsa Melayu merupakan anak jati Melaka. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Sangat Bersyukur Ada Dalam Industri” – Jasper Supayah Mula Rasai Kewujudannya

Next Post

10 Pasangan Selebriti Paling BOOM!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boyband Baharu Simon Cowell, December 10 Dikecam Peminat BTS

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Dakwa Kamal ‘Naik Tangan, Kaki’ Sepanjang Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Paul Pierce Dakwa Kim Kardashian Cetus Obsesi Pembedahan Plastik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Aktif Kerja Walaupun Kandungan Masuk Trimester Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd