Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee mendedahkan penurunan berat badannya yang ketara adalah hasil regim pemakanan ketat selama hampir setahun, sehingga berjaya menurunkan 20 kilogram.
Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile menjelaskan dia hanya mengambil makanan dalam kuantiti kecil dan menolak dakwaan kononnya dia menggunakan bahan terlarang seperti dadah atau Ozempic.
“Benda ni bukan sebulan dua terus jadi.
Saya memang kawal pemakanan secara konsisten hampir setahun,” katanya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Ada yang memuji usaha Andi menjaga kesihatan, malah ada juga yang mengakui berasa cemburu melihat kejayaannya menurunkan berat badan. – BOOM!









