Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Belum Kahwin!” – Berat Badan Naik Mendadak, Ziema Din Sering Disalah Anggap

20/09/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Selebriti
“Saya Belum Kahwin!” – Berat Badan Naik Mendadak, Ziema Din Sering Disalah Anggap

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon cantik, Ziema Din, 39, mengakui ramai beranggapan dirinya sudah pun berkahwin apabila melihat sosok tubuh atau fizikalnya.

Pemilik nama sebenar Rozima Bidin yang terkenal dengan watak Datin Mona menerusi drama bersiri Dendam Seorang Isteri itu akur berat badannnya yang naik mendadak menyebabkan peminat ‘melabelkannya’ sebagai isteri orang.

Ziema sebagai Datin Mona dalam Dendam Seorang Isteri.

“Tidak dinafikan, tubuh saya yang agak ‘plus size’ ini buat ramai salah anggap. Jujurnya, saya masih solo dan belum pernah kahwin.

“Apabila ramai cakap macam tu (sudah berkahwin), saya taklah marah atau terkilan. Saya okey saja.

“Saya faham, biasanya bentuk tubuh macam saya ni orang samakan dengan wanita yang sudah berumahtangga,” katanya.

Sebelum masalah kesihatannya makin teruk, Ziema pernah memiliki tubuh yang menawan.

Dalam masa yang sama, Ziema akui mungkin tidak ramai yang tahu situasi atau keadaan kesihatannnya.

“Dulu (sebelum masuk umur 30 tahun), badan saya kurus. Berat dalam 50 kilogram saja. Sekarang terlebih pula. Berapa tu, biarlah orang teka sendiri.

“Cuma apa yang saya boleh cakap, berat saya naik mendadak dek kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil kerana mengidap asma yang teruk.

“Sejak remaja lagi saya ada asma, cumanya apabila umur dah lebih 30 tahun, keadaan makin teruk.

“Alhamdulillah, kini saya stabil tetapi perlu bergantung kepada ubat yang doktor berikan,” luahnya yang sering memuat naik gambar atau status berkaitan kesihatannya dalam media sosial.

Ziema juga akui ramai yang menyarankan dirinya agar melakukan pembedahan bariatik agar berat badan dapat diturunkan dalam masa singkat.

“Saya tahu pembedahan bariatrik semakin menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat mahu pun selebriti bagi mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

“Apa-apa pun buat masa ini saya belum bersedia kerana saya ada asma. Agak bahaya kepada saya kalau lakukannya,” jelasnya.

Akibat menghidap asma, berat badan Ziema naik mendadak dek kesan ubat yang diambilnya.

Pada masa sama, dia turut berusaha untuk berpuasa, makan supplemen dan mengamalkan pemakanan sihat demi menurunkan berat badan.

“Kalau nak tahu, macam-macam dah saya buat untuk turunkan berat badan. Tapi nampaknya macam tak berhasil,” katanya berseloroh.

Tentang kerjaya, selain Dendam Seorang Isteri, Ziema juga dikenali menerusi filem Hantu kak Limah, 10 Tips Tipu Bini, Kerja Kahwin dan banyak lagi.

Previous Post

Tak Potong Barisan, David Beckham Sanggup Beratur Selama 13 Jam Demi Ratu Elizabeth II

Next Post

“Saya Tak Suka Dia!” – Sedia Dibelasah, Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Nekad Tak Cium Wanita Di Set Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Ulas Isu Boikot IPhone

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nak Anak Lelaki, Fasha Sandha Rancang Jalani IVF Tahun Hadapan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd