Pelakon dan bintang popular Bollywood, Salman Khan, membuat keputusan berat untuk menangguhkan jelajah konsertnya di UK, susulan tragedi serangan di Pahalgam yang mengejutkan dunia.
Menerusi perkongsiannya di Instagram pagi ini, Salman mengumumkan bahawa persembahan “The Bollywood Big One“, yang dijadual berlangsung pada 4 dan 5 Mei di Manchester dan London, terpaksa ditunda.
Konsert itu turut membariskan nama-nama besar seperti Kriti Sanon, Varun Dhawan, Sara Ali Khan, Madhuri Dixit, Tiger Shroff, Disha Patani, Sunil Grover, dan Maniesh Paul — yang kini akan mengadakan persembahan pada tarikh baharu yang bakal diumumkan.
Dalam kapsyennya, Salman menulis:
“In light of the recent tragic events in Kashmir, and with profound sadness, we have taken the difficult decision to postpone The Bollywood Big One shows, originally scheduled for May 4th and 5th in Manchester and London.
While we understand how much our fans were looking forward to these performances, we feel it is only right to pause during this time of grief.”
Salman turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai sokongan para peminat yang memahami situasi ini.
Tragedi di Pahalgam yang berlaku pada 22 April lalu mengorbankan 26 nyawa, hampir kesemuanya rakyat India, menurut laporan CNN. Sehari selepas kejadian, Salman meluahkan kesedihannya di X (Twitter).
“Kashmir, heaven on planet earth turning into hell. Innocent people being targeted, my heart goes out to their families. Ek bhi innocent ko marna puri kainath ko marne ke barabar hai.”

Keputusan Salman ini turut sejajar dengan langkah beberapa artis lain seperti Arijit Singh dan Shreya Ghoshal yang membatalkan konsert mereka di Chennai dan Surat, serta nama-nama antarabangsa seperti AP Dhillon dan Kevin Hart demi menghormati situasi duka itu. – BOOM!