Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Saksi Dipanggil Beri Keterangan Berhubung Kes Saman Naz Carpentry Terhadap Awal Ashaari

05/04/2022
Enal Akimoleh Enal Akim
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
Saksi Dipanggil Beri Keterangan Berhubung Kes Saman Naz Carpentry Terhadap Awal Ashaari

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kesemua saksi plaintif daripada Naz Carpentry telah dipanggil bagi memberi keterangan diikuti dengan saksi defendan, hos televisyen Awal Ashaari berhubung perbicaraan kes saman pelanggaran kontrak dijalankan menerusi aplikasi Zoom di firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak yang bermula semalam.

Pengurus krisis dan jurucakap Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari firma Saiful Ridzuan Public Relations and Communications mengesahkan yang perbicaraan kes saman sivil itu bermula pagi semalam. Perbicaraan akan berjalan selama tiga hari dan akan bersambung pada dua hari seterusnya, 5 dan 6 April.

“Setelah berbincang dengan barisan peguam dan mendengar pendapat mereka, Naz Carpentry membuat keputusan untuk melalui proses perbicaraan bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi,” kata Saiful Ridzuan.

Saman yang difailkan oleh plaintif pada Februari tahun lepas itu mendakwa defendan, Awal Ashaari, melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis barunya dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Plaintif, dalam samannya, menuntut lebih dari RM300,000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.

Naz Carpentry juga menuntut deklarasi bahawa defendan tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

Awal disaman kerana melanggar kontrak

Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata pihak plaintif akan memanggil seramai dua saksi dan pihak defendan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu Awal Ashaari sendiri bagi memberi keterangan semasa kes berlangsung.

“Kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan semasa proses mediasi yang dicadangkan oleh pihak defendan sebelum ini maka barisan peguam kepada pihak plaintif akan memberikan yang terbaik bagi membela nasib anak guam semasa perbicaraan,” ujar Nurul Hafidzah.

Sebelum itu, pada November 2020, Naz Carpentry menyaman Awal Ashaari dan dua defendan yang lain setelah mendakwa pengacara televisyen tersebut mengeluarkan kenyataan fitnah, melakukan pembulian siber dan ugutan undang-undang tanpa henti melalui akaun media sosial beliau. – BOOM!

Previous Post

U.K’s Kembalikan Nostalgia Peminat, Anjur Konsert Reunion Sempena 25 Tahun

Next Post

Duo Silk Sonic Sapu Bersih Empat Trofi Utama Di Anugerah Grammy Ke-64

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ulasan Jujur Dan Harga Makanan Restoran Rembayung Raih Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwaan Gangguan Seksual, TUNEXX Berdepan Ancaman Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd