Seperti yang telah Boom hebahkan sebelum ini, teka-teki mengenai status hubungan Sabronzo dari kumpulan Dolla akhirnya terjawab. Dalam perkongsian terbarunya di Instagram, Sabronzo sah bergelar isteri dengan memuat naik deretan foto eksklusif yang terus mengundang ribuan reaksi peminat.

Kali ini, lebih banyak butiran terbongkar. Sabronzo dan pasangannya tampil anggun dalam busana Melayu tradisional ketika majlis akad nikah, lengkap dengan baju Melayu songket dan tudung putih. Visual tersebut sekali gus menepis spekulasi lama bahawa majlis mereka hanya berlangsung dalam gaya barat di tepi pantai.

Identiti suami Sabronzo kini turut disahkan. Beliau ialah Ryan Fieret, figura muzik antarabangsa yang dikenali sebagai frontman kumpulan DJ popular Dash Berlin dari Belanda. Kehadiran Ryan dalam hidup Sabronzo bukan lagi rahsia apabila mereka dilihat saling berinteraksi di media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – BOOM!

Sumber: Instagram/Sabronzo










