Kylie Jenner mendakwa rumahnya di Los Angeles berhantu selepas mendengar pelbagai bunyi pelik yang menyeramkan. Perkara itu didedahkan dalam rancangan televisyen The Kardashians musim 7 episod 9, apabila Kylie memberitahu ibunya tentang keadaan rumah berkenaan.

Kylie berkongsi kisah itu kepada ibunya Kriss Jenner dan bekas pasangan kourtney Kardashian, Scott Disick.
“Saya ada situasi, rumah saya seperti sangat berhantu, dan saya perlukan bantuan kamu semua,” katanya.
Beliau berkata, pernah rumahnya tiba-tiba berbunyi “bang bang” di dinding, diikuti bunyi periuk, kuali dan pelbagai bunyi lain yang tidak diketahui puncanya.

Kylie juga berkata, dia terjaga apabila mendengar bunyi barang jatuh dari dalam bilik air atau almari dan situasi itu menyebabkan ramai orang enggan bermalam di rumahnya.

Kendall Jenner turut menyokong kenyataan Kylie ketika ditanya sama ada kakaknya mahu bermalam di situ.
“Bolehkah awak tidur dalam bilik saya?” ujar Kylie.

Kendall menolak kerana keadaan rumah itu yang menyeramkan dan mendakwa setiap kali masuk ke rumah Kylie, dia berasakan ada seseorang berada di belakangnya.
“Tidak. Rumah Kylie 100 peratus berhantu,” katanya. -Boom!










