Selepas enam tahun menanti, Marvel Studios akhirnya mengumumkan barisan pelakon penuh untuk filem ‘Avengers: Doomsday’, yang bakal ditayangkan pada Mei 2026.
Dalam satu pengumuman epik selama lima jam, peminat dikejutkan dengan kehadiran nama-nama besar termasuk Patrick Stewart dan Ian McKellen, yang sebelum ini terkenal dengan watak mereka dalam francais ‘X-Men’.
Tidak cukup dengan itu, Robert Downey Jr. turut disahkan kembali, tetapi bukan sebagai Iron Man —sebaliknya, dia akan membawa watak antagonis utama, Doctor Doom!
“It all leads to Doom. #AvengersDoomsday is now in production,” kata Marvel dalam satu mesej rasmi yang mengiringi pengumuman tersebut.
Selain itu, nama-nama popular seperti Chris Hemsworth (Thor), Paul Rudd (Ant-Man), dan Tom Hiddleston (Loki) juga kembali dalam filem yang dijangka sehebat ‘Avengers: Endgame’, yang sebelum ini mencatat kutipan global sebanyak $2.8 bilion.
Dengan ‘Doomsday’ dijangka menjadi babak penutup untuk lebih sedozen filem Marvel sebelumnya, peminat kini tidak sabar untuk melihat bagaimana kisah ini bakal berakhir.
Adakah Doctor Doom akan menjadi ancaman terbesar Avengers? Mari kita tunggu dan lihat. – BOOM!