Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Rekemen Ejen Pelaburan Kepada Suami, Zizie Izette Terima Habuan RM2.2 Juta

30/11/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan
Rekemen Ejen Pelaburan Kepada Suami, Zizie Izette Terima Habuan RM2.2 Juta

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon handalan, Datin Seri Zizie Izette dikatakan telah menerima wang tunai berjumlah RM2.2 juta apabila memperkenalkan seorang ejen kepada suaminya, Datuk Seri Bung Moktar bagi urusan pelaburan bernilai RM150 juta dalam unit saham oleh Felcra.

Memetik laporan Bernama, ejen Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 43, berkata kebiasaannya wang pengenalan akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen pelaburan kepada pelanggan.

“Kami tidak menetapkan sebarang kadar bayaran, namun ia mengikut kepada budi bicara kedua-dua belah pihak.

“Pada masa itu, kami putuskan untuk beri wang pengenalan tersebut kepada Datin Seri kerana memperkenalkan kami kepada suaminya,” katanya yang merupakan saksi utama dalam kes itu.

Madhi berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dan Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Bung Moktar dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Menceritakan mengenai penyerahan wang tersebut, saksi pendakwaan ke-24 itu berkata, dia bersama seorang lagi rakan ejennya, Norhaili Ahmad Moktar, telah menyerahkan duit berkenaan kepada pelakon itu di cawangan Public Bank Taman Melawati pada Jun 2015.

“Ketika itu, saya dan Norhaili berada di dalam bank, namun dia cuma ada di situ buat seketika sahaja kerana punyai urusan lain.

“Jadi ketika transaksi wang berlaku, hanya saya dan Datin Seri berada di situ sehingga transaksi selesai.

“Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkannya (wang) dalam bentuk cash (tunai) dan pihak Public Bank menyerahkannya kepada Datin Seri Zizie,” katanya.

Pada 3 Mei 2019, Bung, 63, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie atau Zizie Izette Abdul Samad, 43, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Perbicaraan di hadapan Rozina bersambung 7 Disember ini. – BOOM!

Previous Post

“Ada Jin Depan Rumah, Dalam Kereta Saya” – Syed Iqmal Dedah Terkena Sihir Sejak Awal Tahun

Next Post

“Bukan Salah Stesen TV, Salahkan Kipas” – Amerul, Zahiril Tong-tong Beli Followers

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwaan Gangguan Seksual, TUNEXX Berdepan Ancaman Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd