Pelakon Rebecca Nur Al-Islam, 40, memuat naik hantaran mengenai proses berpindah ke tempat baru.
Rebecca dalam hantarannya ingin menjual barang perabotnya kerana akan berpindah dari rumah banglo ke sebuah kondominium.

Katanya, dia terpaksa melepaskan perabot miliknya berikutan saiznya yang terlalu besar selain jumlah barangan yang terlalu banyak.
“Kepada sesiapa yang berminat membeli barang-barang dan perabot dari rumah banglo saya boleh hubungi saya ya.
“Saya pindah kondominium jadi banyak barang-barang yang tak dapat nak di bawa dan lif kondominium tak muat.” tulisnya di Threads memaklumkan perkara itu.

Melalui hantaran terbarunya, Rebecca turut berkongsi berita bahawa barang-barang besar seperti set sofa dan set meja makan berjaya dijual dengan harga mampu milik.
“Alhamdulillah. Syukur siaran langsung selama 1 jam 40 minit, barang-barang besar seperti set sofa dan set meja makan habis terjual. Terima kasih semua,” katanya dalam hantaran terbarunya.

Rebecca berjaya menjual barang perabotnya melalui siaran langsung di platform TikTok. – BOOM!









