Gaya rambut baharu penyanyi Khai Bahar mengundang pelbagai reaksi lucu peminat.

Ada segelintir yang menyamakan gaya itu dengan sayur brokoli selain meminta penyanyi itu menukar balik rambutnya kepada gaya yang asal.
Khai menjelaskan tujuan sebenar adalah untuk berambut kelihatan ala artis Korea bahkan harga gaya itu juga bukan murah.
“Mahal tau buat rambut ni, ingat murah ke?”
“Kita reda sajalah, benda dah jadi. Kalau korang tak suka rambut ini, saya pakai topi,” katanya.

Selain brokoli, ada segelintir yang lain memuji rambut itu seperti Bruno Mars.

Khai turut menjawab bahawa beliau menganggap komen tersebut adalah kelakar baginya dan tidak mengambil serius terhadap isu tersebut. – BOOM!









