Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Power Vocal Milik Dayang Nurfaizah Dan Amir Masdi Bertemu Dalam Duo Debu

03/03/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Musik, Selebriti
Power Vocal Milik Dayang Nurfaizah Dan Amir Masdi Bertemu Dalam Duo Debu

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kolaborasi antara dua penyanyi, Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi nyata tidak diduga sama sekali, namun paduan suara mereka dalam lagu baharu berjudul Debu berjaya mencuri hati pendengar.

Duo Debu pada asalnya adalah lagu solo yang diberikan kepada Dayang, tetapi Amir sempat merakamkan lagu ini secara suka-suka sewaktu hadir ke studio Faithful Music.

Apabila Dayang mendengar demo versi Amir, dia tertarik untuk berkolaborasi menyampaikan lagu bergenre balada moden itu hasil ciptaan penuh Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.

Menurut Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 41, duet bersama Amir berlaku secara kebetulan selain sudah lama mengagumi bakat anak muda itu ketika dia muncul di pentas Big Stage musim ketiga, tahun lalu selaku artis undangan.

“Sejujurnya, saya memang belum ada perancangan nak rakam lagu duet lagi selepas bergabung dengan Zyn Akal.

“Boleh dikatakan semua ini berlaku secara kebetulan. Pada awalnya lagu itu diberi kepada saya untuk nyanyian solo dan saya mendengar demo.

“Ketika itu, saya tanya siapa nyanyi demo sebab saya sedap mendengarnya, macam dah cantik untuk lagu itu.

“Mereka kemudian cadangkan bagaimana jika lagu ini dinyanyikan secara duet. Saya cakap apa salahnya. Lagi pun sebelum mendengar demo, saya memang suka suara Amir masa saya tengok dia buat persembahan di pentas Big Stage,” katanya yang menjadi juri tetap ketika itu.

Dayang berkata, tidak ada dalam kamus kerjayanya dia perlu cerewet memilih seseorang penyanyi untuk berduet dengannya.

Malah jauh sekali dia memandang populariti sebagai syarat jika ingin berduet.

“Saya selalu cakap, saya tak pilih nak berduet dengan siapa. Apa yang penting adalah kesesuaian lagu, sebab dua suara kena saling memberi.

“Sekarang ini, saya berminat berkolaborasi dengan penyanyi lain. Dari segi populariti penyanyi itu bukan keutamaan. Bagi saya adalah suara, bakat dan lagu. Itu nombor satu!” tegasnya menetapkan pendirian.

Ditanya kenapa Dayang sering memilih untuk berduet dengan penyanyi lelaki, kata anak jati kelahiran Sarawak itu, lagu cinta lebih ‘feel’ jika dinyanyikan bersama penyanyi lelaki.

Sementara itu, Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 26, menyifatkan duet bersama Dayang dalam Debu ibarat mimpi jadi kenyataan.

“Memang mimpi jadi kenyataan. Boleh kata, setiap kali ditanya dengan siapa artis wanita yang saya nak berduet, saya akan cakap Dayang Nurfaizah.

“Ini memang antara impian saya untuk berduet dan keluarkan lagu dengan Dayang. Sebaik dapat tahu akan berduet dengan Dayang dan saya nampak dia dalam studio, saya teruja.

“Saya jumpa, dia kata yang dia segan dengan saya. Jadi dari situ, saya berasakan dia seorang yang sangat merendah diri untuk seorang yang sudah ada status serta nama yang besar dalam industri.

“Perkara itu membuatkan saya berasa terharu dan sangat dihargai. Dia tak kira yang saya ini orang baru atau tidak, dia tetap layan saya sama macam semua orang,” katanya.

Berbicara mengenai lagu Debu, muzik yang ditampilkan agak unik berbanding lagu-lagu balada lain yang pernah didengar sebelum ini.

“Bagaikan ada elemen kejutan tatkala mendengar transisi dari bahagian Dayang ke bahagian Amir.

Berbicara tentang keunikan yang disuntik, Acap Salim mengatakan mungkin akan ada pendengar beranggapan terdapat bahagian rap tetapi sebenarnya tidak.

“Memang lagu ini dicipta seperti itu untuk tampilkan kelainan,” ulas Acap ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu)

Bagi Mike Chan pula, dia mengakui agak segan kerana terpaksa meminta Dayang datang ke studio sebanyak tiga kali untuk merakam vokal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Lagu Debu yang diterbitkan secara usahasama oleh Nova Music dan Faithful Music; dan diedarkan Universal Music Malaysia boleh mula di strim di semua pelantar muzik digital mulai 22 Februari.

Video muzik rasmi lagu tersebut juga kini boleh ditonton di saluran YouTube Faithful Music. – BOOM!

Previous Post

“Ramai Tanya, Betul Ke Saya Tengah Susah?” – Jual Pau Tepi Jalan, Bienda Macam Bidadari

Next Post

Rapper 7 Nasihat, Luca Sickta Sah Bergelar Suami Kepada Penerbit Radio Era Sabah

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd