Nama Fara Salleh sekali lagi menjadi tumpuan selepas tindakannya di media sosial mengundang kecaman hebat netizen.
Semuanya bermula apabila Fara meninggalkan komen di sebuah video TikTok yang mengkritik Dewi, isteri kepada Jofliam, yang dikatakan tidak menjaga kebersihan kerana makan dan membersihkan bulu kucing di atas katil.

Dalam komennya, Fara seakan menyebelahi Dewi dengan menulis:
“Semoga kau terima dugaan sama macam mana dengan Dewi dengan aku terima… amin amin amin.”
Komen tersebut pantas tular di Threads, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen yang menempelaknya kerana dilihat cuba mempertahankan Dewi.
Netizen kemudian melabelkan kedua-duanya sebagai individu yang pernah terpalit kontroversi berkaitan hubungan dengan suami orang.
Lebih mengeruhkan keadaan, Fara turut memuat naik hantaran di Instagram Story, termasuk doa yang mengundang perdebatan.

Rata-rata netizen menegaskan tindakan Fara seolah mendukung perbuatan Dewi walaupun masing-masing sebelum ini pernah dikritik hebat.
Buat masa ini, Fara belum memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai kenyataan tersebut, namun kontroversi berkenaan terus hangat diperkatakan di media sosial. – BOOM!
Sumber: Threads









