Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Pernah Dibuli, OKU Cacat Pendengaran Bangga Jadi Finalis Mr World Malaysia 2022

21/10/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Selebriti
Pernah Dibuli, OKU Cacat Pendengaran Bangga Jadi Finalis Mr World Malaysia 2022

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pengalaman menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan gara-gara dirinya berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) cacat pendengaran tidak menghalang Parvin untuk bersaing sebagai finalis Mr World Malaysia 2022.

Menurut Parvin atau nama sebenarnya, Parvin Rajamurthi, 23, pengalaman pahit tersebut menjadi pendorongnya untuk bangkit dan menjadi suara kepada golongan senasib dengannya.

Parvin memberi kenyataan bahawa dari lahir lagi dia mempunyai masalah pendengaran.

“Saya ada masalah pendengaran sejak dari lahir. Sejujurnya, saya langsung tidak gembira sepanjang persekolahan kerana menjadi mangsa buli.

“Disebabkan masalah pendengaran, sebutan saya kurang jelas ketika bertutur dan perkara tersebut menjadi bahan ejekan di sekolah.

“Saya berasa rendah diri dan enggan bercakap di sekolah sehingga satu tahap ketika berusia 14 tahun saya mahu membunuh diri,” kongsi Parvin.

Parvin yang merupakan seorang pereka grafik menjelaskan, keadaan mula berubah apabila dia mula menyambung pelajaran di kolej.

Ditambah dengan sokongan keluarganya, Parvin secara perlahan-lahan mula yakin dengan dirinya sendiri dan mencuba nasib dalam pertandingan Mr World Malaysia 2022.

Tidak sangka bahawa masuk kerana ingin mencuba membawa Parvin ke ‘finalist Mr World Malaysia 2022’.

“Saya mendaftar ke pertandingan ini tanpa pengetahuan sesiapa, sekadar ingin mencuba. Tidak sangka pula saya sampai ke peringkat akhir.

“Dalam ramai-ramai peserta, saya langsung tidak ada pengalaman dan latarbelakang dalam bidang peragaan. Niat saya hanya satu, mahu membukti golongan OKU seperti saya mampu berdiri sama tinggi dengan orang normal.

“Bagi saya kekurangan diri (cacat pendengaran) adalah kekuatan saya. Saya mahu menjadi inspirasi kepada mereka diluar sana yang senasib dengan saya,” tutur Parvin.

Bercakap tentang final Mr World Malaysia 2022 yang akan berlangsung pada malam ini, Parvin mengakui gementar, namun berjanji akan melakukan yang terbaik.

“Meskipun ini adalah sebuah pertandingan, tetapi hubungan antara peserta sudah seperti keluarga. Banyak perkara baharu yang saya pelajari terutama daripada segi peragaan dan keyakinan diri.

Parvin merupakan salah seorang ‘finalist Mr World Malaysia 2022’.

“Saya cukup seronok dan pertandingan ini adalah pengalaman terbaik buat saya. Kalah atau menang adalah adat pertandingan, apa yang penting saya akan cuba sehabis baik,” kata Parvin.

Pertandingan final Mr World Malaysia 2022 akan berlangsung malam ini di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Pemenang pertandingan ini akan mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat antarabangsa- – BOOM!

Previous Post

Dina Nasz Membisu Selepas Didakwa Tiru Video Muzik Lagu Teman Milik Iman Troye

Next Post

“Jangan Serah Tengkuk Sampai Tercedera Jika Tak Tahu Hasil Kerja Pengarah!” – Pesan Nas-T

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd