Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Percutian Che Ta ‘Spoiled’, Kena Copet Ketika Berada Di London

27/02/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Percutian Che Ta ‘Spoiled’, Kena Copet Ketika Berada Di London

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Rozita Che Wan berkongsi pengalaman menjadi mangsa copet ketika bercuti bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya ke beberapa buah negara Eropah baru-baru ini.

Che Ta berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah butik terkenal di London dan dia telah kehilangan telefon bimbitnya.

“Pada hari kejadian selepas tiba di London pagi tu, saya dan yang lain-lain terus mendaftar masuk ke hotel sebelum pergi ke butik tersebut.

“Saya pula pada hari kejadian, tak simpan telefon bimbit dalam beg tapi hanya letak di dalam poket jaket, kononnya lagi senang lah nak keluarkan untuk tujuan bergambar dan sebagainya. Maklumlah pergi melancong…banyaklah nak OOTD,” katanya sempat berseloroh.

Menurut Che Ta dia langsung tidak menyedari telefon bimbitnya dicuri sehinggalah dia memegang poket kanan jaket dan mendapati telefonnya sudah tiada.

“Saya sudah zip poket dan letak telefon di situ. Bila masa kena copet pun saya tak sedar. Saya cuma perasan bila nak keluarkan telefon untuk ambil gambar baju di butik tu.

“Raba-raba poket, eh telefon dah tak ada! Saya usaha juga cari telefon tu naik turun butik tiga tingkat tu tetapi tak jumpa juga.

“Saya pergi ke bahagian cari dan hilang tanya kepada mereka ada tak orang letak telefon di situ…Mereka kata tiada dan sempat tunjukkan kepada saya beberapa kejadian ‘pick pocket’ di butik tersebut,” katanya.

Tambah Che Ta, kejadian copet di London kini semakin menjadi trend dan dilakukan sekumpulan profesional yang kebanyakan bukan warganegara London.

“Mereka tunjuk saya gambar beberapa kumpulan warga Romania yang aktif menjalankan aktiviti copet ini di sana. Modus operandi mereka sama, pura-pura jadi pelancong, dan akan mendekati kita konon-konon nak cari barang…Tapi masa tu lah mereka buat kerja.

“Dan rupanya bila saya kongsi di Instagram, ramai yang kongsi pengalaman mereka dicopet di lokasi sama,” katanya lagi.

Bagaimanapun kata Che Ta, kejadian yang berlaku pada 13 Januari lalu itu dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman pahit di dalam hidupnya.

“Dalam pada duk beringat tu terkena juga. Memang pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati. Mujur yang hilang cuma telefon bimbit.

“Tapi benci hilang telefon ni, sebab dalam tu ada banyak gambar-gambar kenangan bersama keluarga selain benda-benda penting seperti dokumen kerja, nombor telefon kawan-kawan dan rakan perniagaan, jadual shooting serta mesyuarat.

“Itu je lah yang buat saya rasa ralat sangat. Sebab telefon saya tu dah macam diary bergerak saya sebab semua benda dicatat dalam tu,” katanya lagi.

Terdahulu, Che Ta meluangkan masa melancong ke enam negara Eropah iaitu Vienna, Budapest, Zermatt, Geneva, Parus dan London bersama ibu, adik-adiknya Ayu Raudhah dan Jaja serta rakan-rakan pada 28 Januari hingga 18 Februari. – BOOM!

Previous Post

Syamsul Failkan Permohonan Mencelah, Mahu Halang Perintah Injunksi Sarah Terhadap Ira

Next Post

Ebby Yus Mahu Terus Berkarya Selagi Berdaya – “Saya Tak Nak ‘Naik Lemak’ Dengan Sumbangan”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd