Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Pengarah Hollywood Didakwa Songlap $11 Juta Dana Netflix

20/03/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Global, Selebriti
Pengarah Hollywood Didakwa Songlap $11 Juta Dana Netflix

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Seorang pengarah terkenal Hollywood, Carl Erik Rinsch, 47, didakwa di mahkamah atas pertuduhan menipu dan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana sebanyak $11 juta (RM51 juta) yang diberikan oleh Netflix.

Menurut laporan BBC, dana tersebut sepatutnya digunakan untuk menyiapkan siri fiksyen sains bertajuk White Horse, tetapi Rinsch didakwa menyalahgunakannya untuk membeli kereta mewah, mata wang kripto, serta barangan mewah lain termasuk tilam mahal.

Carl Erik Rinsch yang sebelum ini dikenali melalui filem 47 Ronin (2013), hadir ke mahkamah Los Angeles pada Selasa lalu tetapi enggan membuat sebarang pengakuan.

Walaupun kertas pertuduhan tidak menyebut nama Netflix secara langsung, ia merujuk kepada “perkhidmatan penstriman video atas permintaan“. Sengketa antara Rinsch dan Netflix mengenai projek yang gagal itu telah pun mendapat perhatian media Amerika sebelum ini.

Antara tahun 2018 hingga 2019, Rinsch menerima bajet awal sebanyak $44 juta daripada Netflix untuk menghasilkan siri tersebut, tetapi tidak menyiapkan walaupun satu episod.

Pada Mac 2020, Netflix memberi tambahan $11 juta selepas dia mendakwa bajet asal tidak mencukupi. Namun, menurut Jabatan Kehakiman AS, duit itu didakwa dipindahkan ke akaun peribadinya untuk pelaburan berisiko dan perbelanjaan mewah.

Hanya dua bulan selepas menerima dana tambahan, separuh daripada wang tersebut telah dibelanjakan. Lebih mengejutkan, ketika wang semakin susut, Rinsch masih memberitahu Netflix bahawa projek White Horse “awesome and moving forward really well.”

Dokumen mahkamah turut mendedahkan perbelanjaan mewah Rinsch termasuk membeli beberapa buah Rolls-Royce, sebuah Ferrari, barangan antik bernilai $3.7 juta, tilam mewah berjumlah $933,000, serta membayar bil kad kredit sebanyak $1.8 juta.

Malah, sebanyak $1 juta turut digunakan untuk membayar peguam bagi menyaman Netflix dan membiayai kos perceraian.

Laporan New York Times sebelum ini turut mendedahkan bahawa Rinsch dipercayai mengalami perubahan tingkah laku yang pelik, termasuk mempercayai dirinya boleh meramal kilat, letusan gunung berapi, serta mengetahui ‘mekanisme rahsia’ penyebaran Covid-19.

Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin $100,000 dan bakal menghadapi perbicaraan di New York. Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun. – BOOM!

Previous Post

Kim Soo Hyun Berdepan Kontroversi, Kehadiran Fan Meeting Di Taiwan Jadi Tanda Tanya!

Next Post

[V]Aisyah Hijanah Umum Hamil Anak Keempat, Reaksi Spontan Suami Bikin Geli Hati!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayar RM1 Pun Saya Buat!” – Joe Flizzow Sedia Bekerjasama Semula Dengan Malique

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Macam Nak Cili Mulut Dia..” – Intan Najuwa Terkilan Ditegur Kulit Semakin Gelap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd