Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Pengadilan Terbaik Adalah Di Mahkamah” – Lan Solo Enggan Masuk Campur Urusan Peguam

27/03/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
“Pengadilan Terbaik Adalah Di Mahkamah” – Lan Solo Enggan Masuk Campur Urusan Peguam

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Lan Solo memilih untuk mengunci mulut soal isu saman yang melibatkan dirinya bersama rakan artis, Siti Nordiana atau Nana.

Manakala Syura Badron pula yang berdepan saman sama sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan memaafkan bekas rakan baiknya itu.

“Saya kalau bab-bab berkaitan mahkamah ini, saya tak berani nak komen lebih. Insya-Allah setakat ini, minta maaf dan memaafkan itu saya sudah praktikkan selalu dengan keluarga dan orang terdekat. Jadi, saya rasa tidak timbul isu mohon maaf dan memaafkan.

“Saya sudah serah semuanya kepada peguam dilantik dan proses pengadilan yang baik adalah di mahkamah. Saya bukan sesiapa untuk menilaikan, memaklumkan sesuatu yang dipersoalkan ini,” katanya.

Terdahulu, Syura mengakui telah memaafkan segala persengketaan yang berlaku antara dirinya dengan Nana.

Pada 3 Ogos lalu, Nana memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta kepada lima individu dengan menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook berserta RM500,000 daripada setiap defendan.

Kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura bersama tiga individu lain membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka berlima dengan Nana menerusi siaran langsung Instagram pada 20 Julai lalu.

Sementara itu, Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 37, yang ditemui pada Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam mendedahkan, perniagaannya kedai runcitnya, Solo Borneo Mart semakin berkembang.

Lan Solo ketika ditemui pada Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC)

“Saya sudah mencuba pelbagai perniagaan sejak bersama dengan kumpulan Kristal lagi. Namakan apa saja produk yang tak pernah saya jual, pakaian, makanan, baju raya, kuih-muih semuanya saya dah cuba.

“Tetapi perniagaan tersebut tidak dapat pergi jauh kerana sifatnya bermusim, terutama pakaian memang tidak berapa kena dengan jiwa saya. Saya bukannya orang yang pandai berfesyen, jadi sukar untuk saya mengejar trend terbaharu.

“Alhamdulillah, bermula dengan cuba-cuba, tidak sangka bisnes saya ini semakin kukuh dan pelanggan kami kian meluas tidak hanya kepada orang asal Sabah dan Sarawak, tetapi juga orang Semenanjung yang sudah mula berminat dengan barangan dari Borneo,” kongsi Lan.

Lan bersama beberapa rakan artis seperti Saharul Ridzwan, Azlan Typewriter, Syed Ali, Siti Fazurina, Adam Corrie, Azan Scan dan Laila Nasir akan berada di Hari Usahawan Negara 2022 sehingga 28 Mac ini bersama produk masing-masing. – BOOM!

Previous Post

Berdepan Saman, Syura Badron Sudah Maafkan Siti Nordiana, Mahu Menghapuskan Sengketa

Next Post

Filem Arahan Adrian Teh Ke Itali, Disenarai Pendek Bersaing Dalam Far East Film Festival

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ashton Kutcher & Mila Kunis Tampil Mesra Di Konsert, Tepis Spekulasi Rumah Tangga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Macam Nak Cili Mulut Dia..” – Intan Najuwa Terkilan Ditegur Kulit Semakin Gelap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd