Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Penerbit Tak Perlu Risau Lagi, Lesen Kredit Kopelem Tawar Pinjaman Akhirnya Diluluskan

31/07/2022
Adia Mohdoleh Adia Mohd
in Ekstra, Selebriti
Penerbit Tak Perlu Risau Lagi, Lesen Kredit Kopelem Tawar Pinjaman Akhirnya Diluluskan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi meluluskan lesen menawarkan pinjaman kepada Koperasi Penerbit Filem Malaysia Malaysia Berhad (Kopelem) yang ditubuhkan secara rasmi semalam.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata, lesen itu diharap dapat membantu memberi kemudahan pembiayaan pinjaman kepada ahli-ahli koperasi untuk menerbitkan drama dan filem.

“Kami ingin membantu ahli-ahli koperasi yang sebelum ini memohon pinjaman daripada bank tetapi tidak diluluskan antaranya kerana berdepan syarat ketat seperti patuh syariah.

“Syarat itu misalnya membabitkan babak bersentuhan,” katanya.

Barisan ahli lembaga pengarah Kopelem yang baru dilantik.

Noh ditemui pada sidang media pelancaran Kopelem yang diadakan di Pawagam Mini P Ramlee. Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia Nasional (Finas) semalam.

Beliau berkata, memahami bidang itu sukar apabila melihat sendiri pengalaman dilalui Allahyarham bapa saudaranya iaitu seniman Mahmud June.

“Saya akui bidang ni sukar apabila melihat sendiri pengalaman yang dilalui bapa saudara saya yang juga pelakon iaitu Allahyarham Seniman Mahmud June.

“Koperasi ada banyak, pertanian. pelancongan dan runcit misalnya, jadi saya harap dengan wujudnya Kopelem ia dapat menjadi ikon kepada koperasi lain.

“Siapa tahu mungkin suatu hari mungkin Kopelem juga akan berjaya menubuhkan bank sendiri untuk dimanfaatkan ahli-ahlinya,” katanya.

Sebagai permulaan Noh berkata, kementerian menyediakan geran sebanyak RM20,000 bagi mengerakkan aktiviti awal koperasi berkenaan.

Burhanuddin menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Noh.

“Selain itu, koperasi boleh memohon geran sebanyak RM200 ribu untuk aktiviti awal. Jika masih tak mencukupi, pinjaman boleh diberikan hingga RM400 ribu.

“Bagaimanapun syarat utamanya, pengerusi perlu menghadiri kursus selama tiga hari yang dikendalikan Institut Koperasi Malaysia (IKM),” tambah beliau.

Terdahulu dalam mesyuarat agung permulaan Kopelem, Pengasas dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi dilantik sebagai Pengerusi.

Turut dilantik, Datuk Nancie Foo sebagai Bendahari manakala jawatan Setiausaha disandang oleh Zahrin Ishak. – BOOM!

Previous Post

Tak Nak Sekali Pun Terpalit Kontroversi, Iqwan Alif Mahu Jaga Air Muka Keluarga

Next Post

“Jangan Pinjam Ah Long!” – Ayu Puteh Dedah Ada Penerbit Terpaksa Pinjam Ceti Haram

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwaan Gangguan Seksual, TUNEXX Berdepan Ancaman Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ulasan Jujur Dan Harga Makanan Restoran Rembayung Raih Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd