Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Penerbit Pulau Akur 10 Babak Panas Dipotong, Masih Tunggu Keputusan Rayuan Tayangan Di Terengganu

04/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Filem, Selebriti
Penerbit Pulau Akur 10 Babak Panas Dipotong, Masih Tunggu Keputusan Rayuan Tayangan Di Terengganu

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penerbit filem Pulau, Fred Chong akur apabila 10 babak daripada naskhah berkenaan dipotong kerana aksi panas yang ditayangkan.

Fred berkata, pihaknya terpaksa akur dengan pemotongan tersebut untuk mendapatkan klasifikasi tayangan PG13 di pawagam.

Producer Fred Chong dan Pengarah Euho.

Tambahnya, keputusan tersebut juga memberikan khabar positif apabila Pulau
berjaya mendapat tayangan sebanyak 127 pawagam dari 70 pawagam sahaja sebelum ini.

“Sebelum ini kami hanya dapat 70 pawagam sahaja menerusi Skim Wajib Tayang tetapi apabila bersetuju untuk buang 10 ‘babak panas’, pihak pengedar berjaya mendapatkan 127 pawagam.

“Tetapi daripada jumlah tersebut, tiga buah pawagam dikurangkan kerana Pulau diharamkan di Terengganu. Jadi jumlah pawagam yang akan menayangkan filem ini ialah 124,” katanya.

Bagaimanapun Fred memberitahu, pihaknya masih berharap agar rayuan terhadap pengharaman filem tersebut mendapat pertimbangan kerajaan negeri Terengganu.

“Sejujurnya kami masih berharap Pulau dapat ditayangkan di sana. Malah kami sudah menghantar rayuan seminggu lalu dan masih menunggu jawapan daripada kerajaan negeri,” ujarnya.

Sebelum ini filem terbitan My Way Pictures dengan kerjasama Film Force dan WebTVAsia itu menimbulkan kontroversi apabila trailer filem tersebut dikatakan keterlaluan dan lucah.

Kontroversi berlarutan apabila kerajaan negeri Terengganu mengambil keputusan untuk mengharamkan tayangan filem berkenaan.

Dalam pada itu Fred berharap Pulau berjaya menambat hati penonton dan menyasarkan kutipan melebihi RM7 juta.

“Saya harap ia mampu mengatasi kutipan filem Nasi Lemak 2.0, itu sahaja,” katanya.

Pulau mengisahkan percutian impian sekumpulan rakan di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri apabila berlaku kejadian mistik dengan kehadiran makhluk ilmu hitam.

Filem bergenre seram dibintangi Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amri dan ramai lagi itu bakal ditayangkan serentak di seluruh Malaysia mulai 9 Mac depan. – BOOM!

Previous Post

Seniman Buat Laporan Polis, Gesa Tindakan Tegas Terhadap Penerbit Dan Pengarah Mentega Terbang

Next Post

LPF Teliti Filem Mentega Terbang – “Filem Itu Di Luar Bidang Kuasa LPF, Tiada Dalam Rekod Penapisan…”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P BIGBANG Umum Comeback Solo Lepas Tiga Tahun Menyepi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hadiah Istimewa! Maryam Durian Kimchi Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada Hari Lahirnya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd