Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Penerbit Kesal Terengganu Haramkan Tayangan Pulau – “Tidak Adil, Sepatutnya Tonton Dahulu…”

18/02/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Penerbit Kesal Terengganu Haramkan Tayangan Pulau – “Tidak Adil, Sepatutnya Tonton Dahulu…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penerbit Pulau, Fred Chong meluahkan rasa kesal apabila kerajaan negeri Terengganu mengharamkan tayangan filem itu di negeri tersebut.

Fred ketika majlis sidang media pada petang Jumaat merasakan tindakan tersebut tidak adil kerana pihak berkenaan belum lagi menonton filem itu.

Fred Chong, penerbit filem Pulau kesal dengan tindakan Terengganu menyekat tayangan filem itu.

“Tidak adil bagi saya kerana filem Pulau dinilai daripada kontroversi yang timbul sebelum ini dan terus diharamkan tayangannya.

“Disebabkan perkara ini kami mengalami kerugian yang agak besar sehingga RM500,000 kerana ramai penaja menarik diri ekoran pelbagai cerita kurang tepat diperkatakan tentang Pulau,” katanya.

Bagaimanapun kata Fred, akan mengemukakan surat rayuan selain mempelawa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu menonton filem berkenaan minggu depan.

Malah, pihaknya sedia ‘turun’ ke Kuala Terengganu, Isnin ini bagi berjumpa pihak terbabit bagi menjelaskan kandungan sebenar genre seram yang hangat dikatakan berunsur ‘soft porn’ seperti didakwa.

Tambah penerbit berpengalaman yang banyak menerbitkan filem itu lagi, surat rayuan yang dikemukakan nanti bakal disertakan bersama surat sokongan daripada Finas.

Dia memohon agar keputusan dibuat kerajaan Terengganu dipertimbangankan semula kerana dikhuatiri akan mempengaruhi negeri -negeri lain yang boleh mengakibatkan kerugian kepada pihak penerbitan.

“Ya di Terengganu memang cuma ada tiga pawagam tetapi yang menjadi kebimbangan sekiranya tindakan sama melarat ke lokasi-lokasi lain.

“Situasi sebegini tentu saja berbahaya memandangkan ada yang belum menonton keseluruhan filem, namun membuat kesimpulan hanya bersandarkan makluman pihak lain,” katanya.

Fred berkata demikian dalam sidang media secara maya bagi memperjelaskan situasi yang dihadapi syarikatnya mengenai keputusan kerajaan negeri Terengganu.

Menerusi sidang media sama, Fred turut meminta warga maya berhenti daripada membuat gesaan supaya mengharamkan filem berkenaan.

“Kepada netizen yang menulis komen berunsur kecaman dan boikot, saya merayu anda semua supaya menonton filem ini terlebih dulu,” luahnya.

Berdasarkan perancangan awal, filem yang dijadualkan ditayangkan pada 9 Mac depan bakal menemui penonton di 75 pawagam seluruh negara.

Pada pertengahan Januari lalu treler filem genre seram itu mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat kerana didakwa mengandungi adegan berunsur lucah dan ‘soft porn’.

BACA: [V] “Macam Mana Boleh Tayang?” – Ramai Terkejut Filem ‘Soft Porn’ Pulau Lepasi Tapisan LPF

Filem terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu membariskan Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Namron dan model Ms Puiyi sebagai antara pelakon utama. – BOOM!

Previous Post

Hairul Azreen Jalani Pembedahan | Wajah Penyondol Didedahkan | Syafeek Ikhwan Ada Maruah

Next Post

“Saya & Tiz Hanya Berkawan, Jangan Cuba Melagakan Kami…” – Fizi Ali

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Terima Kasih Semua!” – Luna Kritikal, Awal Ashaari Terharu Ramai Sudi Bantu!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwaan Gangguan Seksual, TUNEXX Berdepan Ancaman Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Menghilang Bukan Kerana Takut..” – G.NA Bersuara Selepas 9 Tahun Menyepi Isu Skandal Pelac*r*n

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd