Selepas lapan tahun berkahwin, penyanyi Indah Ruhaila mengumumkan bahawa beliau kini sedang hamil anak pertama. Berita gembira itu dikongsi Ruhaila melalui hantaran Instagram.

Indah menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dinantikan sekian lama.
“Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-sebaik perancang. Alhamdulillah. 8 tahun menanti keajaiban,” katanya.

Ruang komen Instagram penyanyi itu menerima ribuan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.
Peminat memuji keajaiban rezeki malah meluahkan perasaan gembira atas berita kehamilan itu.
“Masya-Allah. Hebatnya perancangan Allah. Tahniah. Sangat gembira untuk kamu dan keluarga. Alhamdulillah, bersyukur,” kata seorang netizen.

Ada juga netizen yang mendoakan agar perjalanan kehamilan Indah lancar dan dipermudahkan.
“Tahniah Indah dan semoga dipermudahkan semuanya,” katanya. -Boom!









