Penampilan Lee Min Ho ketika menghadiri pratonton Made In Korea Premiere baru-baru ini menjadi polemik, khususnya berkaitan perubahan fizikal serta pandangan terhadap lakonannya.

Segelintir netizen memberikan reaksi berbeza terhadap penampilan Lee Min Ho.
Ada yang memuji perkembangan kerjayanya dengan menyatakan mereka mengikut perkembangan Lee Min Ho daripada idola remaja berubah menjadi pelakon matang dengan kredibilti lakonan lebih mantap.
“Saya menontonnya semula selepas Pachinko. Dia bukan sekadar bintang popular remaja, tetapi sedang berkembang menjadi seorang pelakon sebenar,” ujar seorang netizen.

Namun, terdapat juga komen kurang positif yang mempertikaikan daya tarikan fizikal Lee Min Ho berbanding populariti yang dimilikinya itu.
“Sejujurnya, saya tidak begitu memahami tarikan fizikalnya,” kata seorang lagi netizen.

Ada juga yang berpendapat, lakonan Lee Min Ho masih belum konsisten serta kurang memberi kesan mendalam.
“Lakonannya kadang-kadang terasa kurang,” kata warga maya.
Pada masa sama, peminat Lee Min Ho tampil mempertahankan aktor itu dan menekankan sumbangannya dalam mempopularkan drama Korea ke peringkat global.

Lee Min Ho, 38, merupakan pelakon dan penyanyi Korea Selatan yang mula meraih populariti menerusi drama Boys Over Flowers (2009).
Beliau turut dikenali menerusi drama popular lain seperti The Heirs, The Legend of the Blue Sea dan Pachinko, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang Hallyu antarabangsa. -Boom!








