Mesej-mesej yang disertakan dalam album penuh ke-8 EXO, REVERXE, telah menyentuh hati peminat, membuat mereka ketawa dan menitiskan air mata pada masa yang sama.

Selepas pelancaran album, mesej-mesej tersebut pantas tersebar di komuniti dalam talian Korea, memperlihatkan keunikan personaliti setiap ahli dengan jelas.
All Kpop melaporkan Suho, Kai, dan Chanyeol menghiburkan peminat dengan mesej yang menekankan kepentingan kerja berpasukan, menjadi sebahagian daripada keluarga, dan semangat untuk kembali berkumpul sebagai sebuah pasukan. Manakala DO dan Sehun menambah gelak tawa peminat melalui mesej ringkas yang menghiburkan.

Rentetan ketawa ceria Sehun, “hong hong hong”, membuatkan peminat tersenyum lebar dan ketawa terbahak-bahak.
DO berkongsi, kegembiraan kerana album diterbitkan, menghargai usaha semua, dan mendoakan peminat EXO-L sentiasa bahagia dan sihat.
“Saya gembira kerana sebuah album dapat diterbitkan selepas sekian lama. Terima kasih kepada semua yang terlibat, dan saya harap anda sentiasa sihat serta dikelilingi kebahagiaan. EXO-L, terima kasih banyak-banyak!” katanya.

Sehun pula berkata dengan nada ceria, menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha semua, mengajak EXO-L menikmati album. Dia yang suka bermain lagu Hong, Hong, Hong menambah ketawa ceria peminat.
“Terima kasih atas usaha semua. EXO-L, nikmati album ini. Hong hong hong hong hong hong hong,” katanya.
Mesej ini menunjukkan keakraban EXO dengan peminat sambil menonjolkan sisi lucu dan mesra setiap ahli. -BOOM!









