Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Peminat Setia Dari Portugal Datang Tonton Konsert Siti Nurhaliza, Nyanyi 30 Lagu Untuk 12,000 Penonton

11/03/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Konsert
Peminat Setia Dari Portugal Datang Tonton Konsert Siti Nurhaliza, Nyanyi 30 Lagu Untuk 12,000 Penonton

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil kelmarin meninggal kenangan manis buat peminat setia penghibur nombor satu negara itu.

Kehebatannya sebagai anak seni selama hampir 3 dekad itu bukan saja dinantikan di atas pentas oleh peminat tempatan malah menarik perhatian peminat antarabangsa termasuk dari Portugal.

Perkara tersebut diakui Datuk Seri Siti Nurhaliza yang terharu apabila mendapat tahu peminat istimewa berkenaan dari keluarga kecil berbangsa Portugis turut berusaha dengan ribuan penyokong lain bagi mendapatkan tiket konsert.

“Selain peminat tempatan, konsert ini dihadiri penyokong dari Singapura, Indonesia dan Brunei. Saya juga diberitahu ada peminat dari Portugal datang malam ini bersama isteri dan anak perempuannya.

“Seperti peminat lain, dia sanggup ‘berjuang’ di hadapan komputer demi mendapatkan tiket. Kami sudah lama tidak berjumpa. Ketika mula berkenalan, anaknya kecil lagi. Sekarang, anak perempuannya hafal semua lagu saya,” katanya di pentas, seperti dilaporkan Berita Harian.

Peminat 'terbang' dari Portugal tengok konsert Siti

Difahamkan, Siti sempat bertanya khabar dan berbual kecil dengan keluarga terbabit yang duduk pada sebelah kanan pentas dan mereka juga mengibar bendera Portugal sambil menonton persembahan penyanyi kesayangan ramai itu.

Siti mengakui terkejut melihat sambutan penonton terhadap konsertnya kali ini yang berkonsep amal.

“Selepas empat tahun menjayakan Konsert Siti Nurhaliza On Tour (SNOT), saya kembali ke sini (Axiata Arena). Imbas kembali ketika konsert ini diumumkan, saya takut dan berdebar serta tertanya-tanya ada orang hendak tengok konsert saya? Masih sayangkah kalian kepada saya?

“Anda buat saya terkejut apabila semua tiket ‘licin’ dalam tempoh dua jam,” katanya.

Siti membuka persembahan dengan lagu ‘Lebih Indah’ berjaya menghiburkan hampir 12,000 peminat yang membanjiri Axiata Arena dengan lebih 30 lagu termasuk medley.

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Terbaik & Gah, 10,000 Penonton 'Lepas Geram' Karaoke Ramai-Ramai

Konsert Siti kali ini menampilkan lima segmen iaitu Mimpi Ke Awan, Surat Harapan, Mega Karaoke, Bayu Timur dan Judika Solo sebagai kejutan daripada penyanyi Indonesia tersebut.

Persembahan Siti juga menghiburkan dengan lagu ‘Purnama Merindu, 7 Nasihat, Kesilapanku Keegoanmu, Sehebat Matahari, Menjaga Cintamu, Romansa Kita, Oda Di Bumi Anbia, Kurniaan Dalam Kesamaran, Bukan Cinta Biasa’ dan ‘Aku Bidadari Syurgamu’.

Tidak ketinggalan, lagu ‘Salju Kasihnya, Usah Diragui, Debaran Cintamu, Sempadan’ dan koleksi lagu tradisional seperti ‘Mahligai Permata, Joget Senyum Memikat’ dan ‘Cindai’.

Siti jiga mengundang Syamel menggantikan Datuk Awie menerusi lagu duet ‘Kalau Berkasih’. – BOOM!

Previous Post

“Saya Seperti Berada Dalam Dewan Peperiksaan Penting” – Misha Omar Kongsi Pengalaman Rakam Single Terbaharu

Next Post

Jamal Abdillah Kembali Menerusi Konsert Skala Besar – “Seniman Berjasa Khas Buat Peminat…”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disney ‘Bekukan’ Projek Tangled Versi Live-Action Selepas Kegagalan Snow White

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kalau Tak Sensasi, Siapa Nak Tonton? – Captain Syers Tak Takut Berdepan Makian Netizen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yayasan KRU Meterai MoU Demi Perkasa Kerjasama Dan Jaringan Universiti – Industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawi Agih Bonus RM200,000, Kutipan Filem Pecah Panggung RM3.5 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Titip Kata Semangat Buat Datuk Seri Vida – “Ya Allah, Kau Tabahkan Hati Mama”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kembali Jadi Deejay, Shuib Mahu Bangkit Semula – “Otak Tepu Sebab Lama Sangat Tidur”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Elly Mazlein Tolak Tawaran Setengah Juta Buka Tudung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlintas Buka Tudung, Kilafairy Syukur Terus Istiqomah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Dikecam Guna Status Selebriti Buat Persembahan Biola Solo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd