Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Pementasan Teater Dang Anum Ditunda Atas Sebab-sebab Yang Tak Dapat Dielak

13/10/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti, Theatre
Pementasan Teater Dang Anum Ditunda Atas Sebab-sebab Yang Tak Dapat Dielak

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pementasan Teater Bangsawan Dang Anum yang dijadualkan berlangsung di Auditorium Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan KPM, Bukit Kiara pada Sabtu, 14 Oktober 2023 & Ahad, 15 Oktober 2023 terpaksa ditunda ke suatu tarikh dan lokasi yang akan diumumkan kelak pada November ini.

Pengarah dan Penerbit Teater Bangsawan Dang Anum, Amirul Haswendy Ashari, berkata perubahan ini terpaksa dilakukan pada saat-saat akhir kerana beberapa isu berkaitan lokasi persembahan dan kerjasama beberapa agensi terbabit yang masih tertangguh sehingga ke hari ini.

“Pertama sekali, Persatuan Seni & Budaya Redholah (The Redholah) ingin memohon ampun dan maaf, dan dengan berat hati, terpaksa mengumumkan penangguhan pementasan ini.

“The Redholah selaku penerbit pementasan telah melakukan segala yang terbaik dan berusaha memenuhi keperluan pihak-pihak terbabit, namun kami hanya mampu merancang.

“Saya berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada persatuan kecil kami yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam merancakkan bidang seni dan budaya tempatan,” katanya.

Pihaknya juga memikul tanggung jawab sepenuhnya atas perubahan ini dan kini dalam proses pemberitahuan kepada semua pembeli dan peminat teater.

Katanya, pembeli tiket diberi pilihan sama ada untuk terus kekal bersama-sama The Redholah pada persembahan akan datang tanpa caj tambahan atau memilih pemulangan wang yang akan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

“Di sudut pandang yang lain, kami melihat perubahan ini memberi ruang masa yang lebih tenang kepada tenaga produksi untuk memperkemaskan lagi skrip, latihan, set dan props serta mencari lokasi persembahan yang lebih bertepatan dengan teater bangsawan.

“Selain itu, ia juga bagi memastikan pementasan Teater Bangsawan Dang Anum berjalan lebih lancar dan memberi kepuasan tontonan yang sewajarnya,” kata Amirul lagi.

Bercakap mengenai reaksi pelakon, Amirul bersyukur dan berterima kasih kepada barisan pelakon yang sangat memahami situasi yang berlaku dan mahu kekal bersama-sama produksi Teater Bangsawan Dang Anum. The Redholah atau menghubungi talian 014 368 5233 atau emel ke [email protected]

Apatah lagi, ada antara mereka pernah berdepan dengan dugaan yang lebih getir pada beberapa produksi teater tempatan sebelum ini.

Pementasan Teater Bangsawan Dang Anum menampilkan Ain Sufia sebagai Dang Anum, Azizul Ammar sebagai Megat Seri Rama/Laksamana Bentan, Along Eyzendy sebagai Sultan Mahmud dan Adam Shahz sebagai Tun Beja Ali.

Selain mereka, teater ini turut menampilkan pelakon teater berpengalaman seperti Md. Hussin, Azhar Jalil, Lizart Rashid, Shareezwan, Myza Alid, Eyza Shariff, Affan Mohd dan ramai lagi.

Kredit foto: BH Online

Dalam pada itu, The Redholah akan tetap meneruskan usaha mengumpul dana untuk membantu pelajar-pelajar asnaf di sekolah terpilih.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, hasil jualan tiket Pementasan Teater Bangsawan Dang Anum akan disumbangkan kepada pelajar-pelajar asnaf di sekolah terpilih.

“Selain itu, kami turut mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat korporat dan badan swasta yang berminat untuk turut serta di dalam program CSR persatuan The Redholah. Sumbangan mereka akan disalurkan kepada beberapa program CSR yang kini dalam perancangan,” kata Amirul lagi.

Pementasan Teater Bangsawan Dang Anum adalah projek pementasan teater bangsawan pertama The Redholah di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Untuk perkembangan lanjut mengenai aktiviti persatuan, sila ikuti laman sosial Instagram, Facebook dan Tiktok The Redholah atau menghubungi talian 014 368 5233 atau emel ke [email protected] – BOOM!

Previous Post

[V] Kecoh Di TikTok Foto Syamsul Yusof Dengan Wanita Cantik, Ramai Pula Bagi Restu Bercinta, Aduh…

Next Post

“Aku Cuma Nak Bagitahu Syada Kerja, Itu Je…” – Kawan Baik Niat Nak ‘Back-Up’, Tapi Kena Kecam

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Laki Pun Ada…” – Gara-Gara Selalu Tayang Badan, Ramai DM Noki K-Clique Gambar Lucah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd