Pelakon yang terkenal melalui wataknya sebagai Ziggy Sabotka dalam drama The Wire meninggal dunia akibat bunuh diri pada 19 Disember lalu. Kematian Ransone disahkan pegawai perubatan hospital Daerah Los Angeles, lapor AP Entertainment.
Ransone menghembuskan nafas terakhir ketika usianya mencecah 46 tahun.

Sepanjang kerjayanya, Ransone pernah membintangi filem popular termasuk It: Chapter Two, The Black Phone, serta muncul dalam drama siri televisyen seperti Bosch dan Poker Face.
Beliau dikenali sebagai pelakon serba boleh yang mampu membawa karakter kompleks dan penuh emosi.

Kematian Ransone mengejutkan peminat dan rakan industri.
Isterinya, Jamie McPhee, berkongsi penghargaan atas masa indah bersama dan kasih sayang terhadap dua anak mereka, sambil menekankan bahawa cinta mereka akan kekal abadi.

Jika anda atau sesiapa yang anda kenal memerlukan bantuan, hubungi talian sokongan kesihatan mental di Malaysia seperti Talian Kasih (15999) atau Befrienders KL (03-7627 2929). -Boom!









