Selepas memenangi Anugerah Akademi atau Oscar untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Mac lalu, Adrien Brody mendedahkan dia belum menerima sebarang tawaran baharu.

Ketika ditemui wartawan pada Festival Filem Laut Merah di Arab Saudi, Brody berkata, beliau sebenarnya lebih selektif dalam memilih projek.

Menurut Brody, beliau ingin memastikan setiap watak dan filem yang diterimanya benar-benar bermakna dan sesuai dengan minat.
“Saya tidak pernah berlakon dalam filem lain sejak The Brutalist. Bukan kerana saya tidak mempunyai sebarang peluang yang menarik tetapi ia kurang sesuai,” katanya dipetik Deadline.

Berkongsi pengalaman sepanjang 40 tahun bekerja, Brody menasihatkan agar generasi muda bereksperimen sebanyak mungkin pada awal kerjaya mereka.
“Sebarang pengalaman profesional adalah pengajaran yang hebat. Kegagalan mengatasi halangan atau tekanan di set penggambaran, akan menguatkan anda untuk halangan masa depan,” katanya.

Brody sebelum itu pernah memenangi Oscar bagi kategori sama pada 2003 untuk wataknya sebagai Wladyslav Szpilman dalam filem The Pianist arahan Roman Polanski. –Boom!










