Seorang pelakon lelaki terkenal ditahan polis selepas ujian saringan awal air kencing mendapati beliau positif dadah.

Menurut sumber, pelakon berusia 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan direman tiga hari sehingga esok
“Difahamkan, dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif.
“Kertas siasatan difahamkan sudah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dipetik Harian Metro.

Pelakon itu sebelum ini pernah disabit kesalahan dadah dan dihukum oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana menggunakan THC.
Bagaimanapun, pelakon itu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan beliau membayar denda RM5,000. – BOOM!









