Pelakon popular Korea Selatan, Lee Yi Kyung, kini menjadi tumpuan selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita. Wanita tersebut mendakwa pelakon itu meminta gambar lucah dan menggunakan bahasa tidak senonoh semasa berbual dengannya.

Menurut laporan, wanita berkenaan merupakan warganegara Jerman yang telah belajar di Korea selama lapan tahun. Mereka dikatakan berkenalan dan berhubung melalui aplikasi Kakao Talk.
Walaupun wanita terbabit telah memadam bukti tersebut, tangkapan layar masih tersebar di platform X (Twitter), menyebabkan isu ini terus mendapat perhatian ramai.

Agensi Sangyoung Ent, yang mewakili Lee Yi Kyung, tampil menafikan semua dakwaan.
“Kami sedang memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerosakan yang disebabkan oleh penyebaran fakta palsu dan khabar angin berniat jahat berhubung isu terbaru yang diterbitkan dan disebarkan di sekitar komuniti atas talian dan media sosial,”
– Kenyataan rasmi Sangyoung Ent kepada The Korea Times.

Namun, selepas berita ini tular, beberapa individu lain turut tampil mendakwa menjadi mangsa, termasuk yang mengatakan bahawa pelakon itu pernah menunjukkan kemaluannya serta meminta ID Kakao Talk.
— Boom!









