Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Peguam Syamsul Yusof Akan Teliti Tuntutan Nusyuz Puteri Sarah

08/05/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra
Peguam Syamsul Yusof Akan Teliti Tuntutan Nusyuz Puteri Sarah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul Yusof memaklumkan pengarah itu akan meneliti tuntutan nusyuz dikemukakan isterinya Puteri Sarah Liyana, hari ini.

Katanya, mereka akan memasukkan jawapan dan pembelaan terhadap tuntutan terbabit pada tarikh sebutan baharu ditetapkan mahkamah iaitu pada 14 Jun, 3 petang, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

“Saya baru terima dokumen pagi ini, belum baca lagi. Tuntutan balas Puteri Sarah saya belum teliti lagi. Setakat ini masih sebutan lagi, belum ditetapkan tarikh bicara.

Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah (kanan) bersama peguam syarie, Azmi Mohd Rais (kiri) yang mewakili Syamsul Yusof.

“Tarikh akan datang adalah sebutan. Kami akan masukkan jawapan dan pembelaan terhadap tuntutan balas,” katanya.

Berhubung kenyataan Syamsul akan menarik nusyuz sebelum ini, Azmi berkata kes terbabit masih akan berlanjutan sekiranya dia belum ceraikan Puteri Sarah.

“Setakat ini, belum lagi. Kalau cerai jadi, hal ini (nusyuz) takkan jadilah.  Kalau tak ada penyelesaikan global, kes ini masih diteruskan,” katanya.

Pada 6 April lalu, Puteri Sarah memaklumkan mahu memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz dibuat Syamsul yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun, Syamsul berkata akan menarik semula semua tuntutan itu selepas berbincang dengan isteri pertamanya itu pada 10 April lalu.

Kenyataan berkenaan dibuatnya selepas Syamsul akhirnya bersetuju akan lafaz cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Namun begitu, perceraian terbabit tidak berlaku selepas pengarah itu enggan lafaz cerai pada tarikh dijadualkan.

BACA: [V] Syamsul Buat ‘U-Turn’, Tidak Jadi Cerai Sebab Sarah Enggan Tarik Saman Terhadap Ira

Peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya bertindak memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz berkenaan selaku defendan.

Sebelum ini, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terbabit dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Selain itu, antara alasan dikemukakan terhadap tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah. – BOOM!

Sumber: Harian Metro

Previous Post

[V] Puteri Sarah Pula Failkan Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof

Next Post

[V] “Bercerai Sebelum Ini Bukan Sebab Penyondol Tapi Masalah Komunikasi” – Linda Hashim, Beego Rujuk Semula

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Laki Pun Ada…” – Gara-Gara Selalu Tayang Badan, Ramai DM Noki K-Clique Gambar Lucah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd