Penyanyi dan bekas ahli kumpulan 2NE1, Park Bom, telah memfailkan tuntutan undang-undang terhadap bekas agensinya, YG Entertainment, kerana didakwa gagal membayar hasil pendapatannya yang mencecah RM225 trilion.

Menurut hantaran di Instagram, Park Bom mendakwa agensi tersebut telah menahan bayaran hasil kerjanya dalam tempoh yang panjang tanpa alasan munasabah.
“Tertuduh telah gagal membayar pendapatan yang sepatutnya dibayar kepada saya dalam tempoh yang lama. Saya memohon siasatan menyeluruh dan hukuman undang-undang terhadap perkara ini,” kata Park Bom.

Penyanyi itu turut meluahkan rasa kecewa dan sedih atas kejadian tersebut, namun tetap berharap agar isu berkenaan dapat diselesaikan dengan adil.
“Tertuduh tidak membayar dengan betul hasil daripada semua aktiviti yang saya sertai, termasuk keluaran muzik, persembahan, siaran, iklan, acara, penulisan lirik dan gubahan lagu. Jumlah sebenar dikatakan sangat besar, namun masih belum dapat dipastikan,” katanya lagi.

Kes ini kini berada dalam siasatan pihak berkuasa, sementara peminat terus menunjukkan sokongan padu kepada Park Bom agar dia memperoleh keadilan dan haknya dikembalikan.
— Boom!









