Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Pak Nil Harap Penunggang e-Hailing Dihargai – “Moga Lebih Ramai Rider Dapat Duit Raya”

17/04/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Pak Nil Harap Penunggang e-Hailing Dihargai – “Moga Lebih Ramai Rider Dapat Duit Raya”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Untuk menyemarakkan berlabuhnya Ramadan dan merai Syawal yang bakal tiba, syarikat pengeluar produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz semalam (Ahad), telah berkongsi rezeki dengan lebih 500 rider e-hailing.

Program diberi nama Bingkisan Raya Rider 2023 ini adalah hasil kerjasama bersama Yayasan Eskayvie dan merupakan inisiatif murni syarikat 100 peratus Bumiputera ini sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan yang melakukan tugas penghantaran sebagai penghantar makanan ataupun bungkusan.

Duta jenama itu, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil sendiri terharu dengan inisiatif dizahirkan Eskayvie yang menghargai dan menyantuni golongan terbabit.

“Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.

“Ini antara sumbangan kecil kami di Eskayvie. Ia termasuklah menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya, juadah raya istimewa serta Eskayvie Diffenz,” katanya.

Tambah Pak Nil, beliau berharap agar usaha dilakukan oleh Eskayvie dapat memberi ruang kepada ramai lagi rider untuk menerima duit raya jika ia dijadikan contoh dan diikuti oleh syarikat-syarikat yang lain.

“Jadi sebagai pelopor kepada idea memberikan duit raya kepada rider ini, kami berasa amat bangga dan bersyukur kerana ia disambut baik dan dalam waktu yang sama kami berdoa agar ia dapat menjadi acara tahunan dan akan meningkatkan lagi jumlah penerima daripada 500 kepada jumlah yang lebih besar.

“Insya-Allah dengan sokongan diberikan kepada Eskayvie, kami akan dapat meneruskan tradisi memberikan duit raya kepada rider yang sememangnya antara nadi dalam perniagaan kami.

“Saya berharap program seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk turut sama berkongsi kebaikan dan membantu memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan jenama itu, Kartika Wati Mohamed berkata, tugas ‘rider’ yang juga pekerja barisan hadapan menjalankan perkhidmatan penghantaran sebenarnya sangat mulia kerana membantu memudahkan urusan orang lain.

“Namun begitu, mereka juga sangat terdedah kepada pelbagai risiko seperti penyakit dan kemalangan. Oleh itu, Eskayvie ingin memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka agar dapat terus memberikan perkhidmatan dengan baik.

“Sebagai syarikat yang berpegang teguh kepada visi Memperkasakan Kesihatan Dan Ekonomi Ummah, Eskayvie sangat prihatin terhadap pentingnya kesihatan setiap individu di dalam usaha menjana ekonomi keluarga.

“Jika badan sihat, pastinya tugas dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” katanya.

Selain sumbangan berbentuk duit raya dan juadah raya dalam program berkenaan, pihak mereka turut menyediakan Eskayvie Afeeya Cafe untuk bekalan tenaga ‘rider’.

“Eskayvie Afeeya Cafe adalah sebagai ikhtiar untuk membantu mereka lebih bertenaga dan kekal fokus terutamanya ketika berada di jalanan,” kata Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri selaku formulator produk berkualiti Eskayvie.

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan formulasi produk telah membantu usaha Dr Syid Ayob dalam menghasilkan produk berkualiti yang sesuai dengan keperluan pengguna.

 “Adalah diharapkan agar program dengan kerjasama Yayasan Eskayvie seperti ini dapat memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang di dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar masa kini.

“Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat yang besar kepada ‘rider’ dan masyarakat yang memerlukan” kata Dr Syid Ayob.

Untuk sebarang maklumat lanjut layari www.eskayvie.com atau
https://linktr.ee/EskayvieMalaysiaOfficial – BOOM!

Previous Post

Walaupun Berdepan Kemelut Rumah Tangga, Diana Danielle Sempat Lancar Lagu Raya

Next Post

[V] Kereta Terlanggar Satu Sama Lain, Dua Artis Lawak Terkenal Bertikam Lidah Di Lot Parkir KL

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Muncul Single Baharu, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Terkejut Timbul Dakwaan Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boyband Baharu Simon Cowell, December 10 Dikecam Peminat BTS

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd