Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Nur Sajat Ditahan Pihak Berkuasa Thailand Bersama Rakan Maknyah

20/09/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan
Nur Sajat Ditahan Pihak Berkuasa Thailand Bersama Rakan Maknyah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu, sekali gus menjawab misteri kehilangannya selama ini.

Penahanan Sajat, 36, atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman oleh pihak berkuasa tempatan itu ekoran informasi diperoleh sumber atau informer (pemberi maklumat).

Sumber memaklumkan, ketika serbuan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Sajat ditahan bersama seorang lagi maknyah warga Thailand yang dipercayai rakannya.

Berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa negara jiran itu sekitar Mac lalu, usaha mengesannya giat dilakukan.

“Pada 4 Jun lepas, lokasi persembunyian Sajat berjaya dihidu dan dikenal pasti hasil siasatan pasukan risikan.

“Selepas membuat intipan, kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan), anggota penguatkuasa terus menyerbu masuk kediaman disasarkan.

“Hasil semakan pihak imigresen sana mengesahkan suspek adalah individu yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

“Malah pasport milik usahawan itu juga sudah dibatalkan,” maklumnya berkongsi butiran secara terperinci.

Sajat kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk didakwa di bawah akta berkaitan imigran.

“Atas kesalahan bersabit, Sajat dihadapkan ke muka pengadilan pada 9 September lalu.

“Akan tetapi, keesokannya dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$2,000 (RM8,343) yang dibayar seorang kenalan dari Malaysia bernama Misha,” tambahnya.

Sumber juga menyatakan, lelaki transeksual terbabit masih lagi berlindung di unit kondominiumnya yang berada di tengah-tengah kota Bangkok.

Walaupun bebas, Sajat diarah melaporkan diri di ibu pejabat imigresen Thailand selang 14 hari sepanjang tempoh menunggu tarikh perbicaraannya.

Bahkan usaha kerajaan Malaysia membawa Sajat pulang untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor atas kesalahan berpakaian wanita di khalayak umum pada 2018 masih dijalankan.

Previous Post

“Nampak Macam BBNU Ke?” – Bob Yusof Terkedu Disangka Artis Baharu

Next Post

Warganet Mula Syak Episod Cinta Vida Dan Iqbal Sekadar Gimik Pemasaran

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Kesal Gelaran Duda, Janda Dinilai Tidak Adil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd