Ramai peminat terkejut dan berdukacita selepas penyanyi dan usahawan terkenal, Nubhan, mengumumkan perpisahannya dengan isteri tercinta, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Berita itu menarik perhatian ramai kerana Nubhan, yang terkenal dengan personaliti penyayang serta sering tampil dengan kisah Mak Jenny, sering mencuri perhatian peminat di media sosial.

Di pelbagai platform, peminat meluahkan rasa simpati dan doa agar Nubhan menarik balik keputusan untuk bercerai.
“Kalau boleh berbaik semula… sebab kasihan pada anak-anak yang perlukan kasih sayang…”

Ada juga peminat yang mencadangkan supaya Nubhan mempertimbangkan semula untuk memujuk Hidayah kerana dia masih memerlukan keluarganya.
“Berbaiklah wahai Nubhan, dia (Hidayah) seorang isteri yang baik.”
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Nubhan, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam, menjelaskan bahawa mereka telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan perkahwinan, namun jodoh mereka hanya setakat itu sahaja.
“Saya amat menghargai setiap detik dan kenangan yang telah dikongsi bersama Dr. Afifah sepanjang perkahwinan kami. Beliau tetap seorang insan yang saya hormati dan doakan sentiasa dirahmati Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Dr. Afifah Hidayah sebelum ini dilaporkan berkata bahawa Nubhan tiba-tiba melafaz cerai selepas mereka pulang makan malam bersama. Beliau turut mengakui bahawa dirinya masih sayangkan keluarga.
— Boom!









