Penyanyi, Nubhan, memfailkan tuntutan hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut peguam syarie, Mohd Redzuan Ramli, tindakan itu dibuat selepas Nubhan mengumuman perpisahannya dengan isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, September lalu.
“Encik Nubhan telah membuat dua tuntutan iaitu hak penjagaan penuh secara mutlak dan interim yang mana kedua-dua itu masih di dalam kertas klausa yang tidak boleh didedahkan. Hak penjagaan yang dimaksudkan ialah hak bermalam, lawatan semasa hari raya, pergi sekolah dan sebagainya. Peguam yang mewakili defenden telah maklum akan perkara ini dan setuju berbincang untuk menyelesaikan secara baik,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Mohd Redzuan memaklumkan setakat ini tiga orang anak Nubhan iaitu Aafiya Kamilia, 7, Ahmad Aaffan, 5 dan Afzan Nayille, 4, berada dalam jagaan ibunya namun tidak menghalang penyanyi itu untuk berjumpa mereka.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap, Afifah di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan 2 Disember depan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan, Nubhan ke atas Afifah. -Boom!









