Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin berkongsi rasa terharu selepas menerima panggilan telefon daripada Datuk Seri Rossa berhubung isu siapa yang memberi keizinan untuk merakam semula lagu “Sinaran”, hasil tulisan arwah suaminya, Johan Nawawi.

Dalam hantaran terbaharunya di media sosial hari ini, Nora menyatakan bahawa beliau amat menghargai tindakan Rossa yang tampil secara profesional untuk memberikan penjelasan berkenaan perkara itu.
“Alhamdulillah, saya sangat terharu, salute & respect to Dato’ Rossa kerana mengambil berat dan sudi call saya untuk clarify isu ini,”
tulisnya.
Menurut Nora, sebagai penyanyi, Rossa benar-benar memahami situasi dan bersedia memberi kerjasama penuh berkaitan isu tersebut.
“Beliau berharap saya sebagai waris berjaya mendapatkan hak saya,”
katanya lagi.
Terdahulu, BOOM! Malaysia melaporkan bahawa Nora mempersoalkan siapa yang memberi kebenaran kepada Rossa untuk menyanyikan semula lagu “Sinaran”, ciptaan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dengan lirik oleh Johan Nawawi.

Lagu ikonik itu sebelum ini dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid dan kekal menjadi antara karya paling berpengaruh dalam industri muzik tempatan.
Isu royalti ini sekali lagi menekankan pentingnya penghargaan terhadap hak pewaris dan menghormati karya ciptaan asal.
– BOOM!









