Pelakon popular, Nora Danish, enggan memberikan sebarang komen berhubung perkongsian tular bekas suaminya, Nedim Nazri di Threads baru-baru ini yang mengundang perhatian warganet.

Bagi Nora, Nedim berhak mengeluarkan sebarang kenyataan namun beranggapan apa yang diluahkan bekas suami langsung tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.
“Saya tak nak komen apa-apa sebab tiada kena mengena dengan saya,” katanya dalam klip video dikongsikan Media Hiburan.

Tambahnya, beliau menghormati Nedim serta tidak mahu mencampuri urusan peribadi bekas suaminya itu.
“Saya menghormati privasi beliau,” katanya.

Terdahulu, Nedim mencetuskan polemik dalam kalangan pengguna Internet selepas berkongsi Threads mengenai seorang wanita yang didakwanya mempermainkan imej Muslimah.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, hantaran itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna Threads yang mengaitkan kenyataan itu dengan Nora. –Boom!









