Rapper AS, Nicki Minaj didakwa memadam akaun Instagram miliknya selepas percaturan politiknya mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian.

Nicki sebelum itu muncul pada acara Turning Point USA di Arizona dan menyatakan sokongannya terhadap pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.
Beberapa laporan mendakwa akaun Instagramnya kini tidak aktif, walaupun jumlah pengikut sebenar yang hilang tidak mencapai 10 juta seperti yang tular dalam talian.

Reaksi di media sosial menunjukkan langkah Nicki mencetus polemik dengan segelintir daripada netizen mengkritik sikapnya memuji pemimpin konservatif itu.

Selain itu, segelintir yang lain pula berpendapat sokongan termasuk pandangan penyanyi itu terhadap pemerintahan Trump seolah-olah memberi harapan kepada penyokongnya dengan cara yang membuatkan mereka “berasa bangga menjadi rakyat Amerika.”

Namun, sehingga laporan ini ditulis, Nicki tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penutupan akauan Instagram tersebut. – Boom!










