Pelakon terkenal, Priyanka Chopra sekali lagi mencuri tumpuan apabila hadir menemani suaminya, Nick Jonas, ke malam pembukaan teater The Last Five Years di Broadway, New York pada 6 April lalu.
Priyanka memuat naik beberapa gambar memori manis malam istimewa itu ke Instagram — termasuklah gambar mesra bersama Nick di karpet merah dan foto eksklusif bersama pelakon utama wanita, Adrienne Warren.
“Opening night of @thelastfiveyears on Broadway. Truly incredible artistry,” tulis Priyanka dalam kapsyen Instagram.
Dia turut mengucapkan tahniah kepada Nick, Adrienne, Whitney White dan Jason Robert Brown atas kejayaan produksi tersebut.
Namun, yang paling menyentuh hati ramai ialah momen anak perempuan mereka, Malti, yang membuat sendiri poster ucapan tahniah khas untuk ayahnya.
Gambar Malti sedang tekun menghasilkan kad tersebut turut dikongsi dan kini menjadi bualan ramai di media sosial.
Sebagai info, The Last Five Years yang mula dipentaskan pada 2001, pernah difilemkan pada 2014 dan kini menjadi pentas kebangkitan semula Nick Jonas di Broadway selepas lebih 13 tahun. – BOOM!