Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Netflix Raikan Merdeka Dengan Karya Dua Sutradara Malaysia Menerusi Ceroboh Dan Kill Fist

30/08/2022
Enal Akimoleh Enal Akim
in Ekstra, Filem
Netflix Raikan Merdeka Dengan Karya Dua Sutradara Malaysia Menerusi Ceroboh Dan Kill Fist

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Bersempena meraikan sambutan Hari Merdeka, Netflix memperkenalkan satu koleksi filem dan drama bersiri terbaharu yang dinamakan Rekaan Rakyat.

Selain menyiarkan filem pecah panggung, The Asisstant pada 19 Ogos lalu, platform striming tersebut turut mempertaruhkan dua buah karya tempatan iaitu Ceroboh dan Kill Fist.

Feisal (kiri) tampil dengan Ceroboh, manakala James pula mempersembahkan Kill Fist.

Dibawakan oleh Kuman Pictures, Ceroboh atau The Screaming Sky merupakan sebuah filem thriller berdurasi selama 88 minit arahan Feisal Azizuddin.

Berkisar suasana di zaman pascaapokalips, dunia ketika itu ditakluk oleh makhluk asing digelar Penunggu Langit yang mampu mengawal otak manusia.

Membariskan barisan wajah baharu seperti Mia Sara Shauki, Kent Tan, Grace Ng, Nia Atasha, Syazani Fikry, Sasidaran dan Charles Roberts sebagai pelakon, Ceroboh dijangka mampu menarik minat penonton yang menggemari aksi debaran dipenuhi adegan penuh suspen.

Ceroboh dan Kill Fist bakal ditayangkan pada 31 Ogos sempena Hari Merdeka di Netflix.

Sementara itu, pengarah prolifik terkenal yang sinonim dengan genre thriller dan seram, James Lee tampil dengan buah tangan terbaharunya bertajuk Kill Fist.

Bukan saja sentuhan magis James yang dinanti-nantikan penonton, malah kali ini dia turut bekerjasama dengan seorang sinematografer terkemuka iaitu Tan Teck Zee bagi menjamin kualiti keseluruhan filem tersebut.

Antara babak seram yang boleh dilihat dalam Ceroboh lakonan Sasidaran.

Kill Fist mengisahkan tentang seorang ejen insurans bernama Zhang yang berdepan dengan konflik keluarga, namun pada masa sama terjerumus ke kancah pertarungan bawah tanah.

Tanpa diduga, Zhang terlibat dalam satu permainan video yang direka khas untuk petarung-petarung bawah tanah hasil ciptaan seorang gadis yang sebenarnya anak kepada mangsa belasahan lelaki itu.

Berdurasi 97 minit, filem berkenaan menyaksikan bakat lakonan pelakon lagak ngeri Cina iaitu Sunny Pang yang terkenal dengan peranannya dalam Headshot, di samping Alan Yun dan Koe Yeet.

Adegan pertarungan menjadi elemen menarik dalam Kill Fist.

Lebih menarik, Kill Fist dikatakan filem indie yang memberi penghormatan dan penghargaan kepada aksi seni mempertahankan diri tahun 80-an.

Jangan lupa saksikan hasil karya anak tempatan di platform Netflix dan pastinya hasil tangan mereka sentiasa membanggakan negara bersempena dengan bulan Merdeka yang kita raikan.  

Kedua-dua filem berkenaan diedarkan oleh MyContent Distribution yang ditubuhkan pada 2021 dengan matlamat mahu meningkatkan dan memperkasakan kandungan Malaysia di skrin global.

MyContent Distribution juga berazam membantu industri perfileman tempatan dalam menambah baik nilai pengedaran antarabangsa dan pengeluaran kandungan dengan mengedarkan kreativiti tempatan ke peringkat penstriman global. – BOOM!

Previous Post

Tiba-tiba Ada Status Dato’, Anding Indrawani Tampil Beri Penjelasan – “Saya Tak Mahu Pun!”

Next Post

“Tak Sanggup Hadap Remaja Perempuan” – Raja Ilya Harap Anak Gadis Membesar Dengan Baik

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd